in

“Saya turuti asal dia bahagia” – Edika Yusof Mahu Jumpa Kaunselor, Reda Jika Isteri Nekad Untuk Bercerai

edika isteri kes cerai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemelut rumah tangga di antara pelakon senior, Edika Yusof dan isterinya, Nor Hidayah Yusri kini menjadi perhatian apabila mereka berdua dilihat hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan untuk prosiding sebutan kedua kes perceraian pada jam 10 pagi.

Edika Yusof, 58 ketika ditemui berkata dia berjanji untuk memenuhi permintaan isterinya sekiranya wanita itu nekad untuk bercerai.


Walau bagaimanapun, Edika juga berpendapat mereka seharusnya berjumpa dengan kaunselor dan pakar perubatan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

Artikel berkaitan: “Kalau itu niat dia, patut dari dulu beritahu” – Edika Yusof Bersuara Berhubung Isteri Fail Cerai

Artikel berkaitan: “Nothing serious..” – Edika Yusof Cuba Bincang Dengan Isteri Soal Fail Cerai

Saya cuba untuk berusaha selamatkan rumah tangga ini. Tetapi kalau itu yang dia mahu, saya akan turuti asalkan dia bahagia. 

“Risau juga kalau kita paksa, kasih sayang sudah tidak sama seperti awal perkahwinan. Itu tak jadi juga. 

“Pendapat saya, kita patut jumpa kaunselor terlebih dahulu dan hari ini saya akan menyerahkan laporan perubatan kepada pakar (mahkamah) untuk menilai berkenaan masalah kesihatan isteri,” katanya.

wifeedika23 1745376609

Edika juga pada masa yang sama tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak yang menjadi punca kepada masalah rumah tangga yang dibina selama 22 tahun itu.

Saya tak mahu salahkan sesiapa sebab saya ada silap juga. Kita kena saling perbaiki diri sendiri. 

“Saya ada juga minta untuk berbincang tetapi dia tidak layan, WhatsApp pun tidak berbalas,” katanya lagi.

Pasangan yang pernah mendapat pujian ramai ini mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Fareena Nurulhaq dan Fardeen Ulhaq, 20 tahun.

Terdahulu, Hidayah difahamkan mengalami lumpuh separuh badan akibat demam panas yang dialaminya sejak 19 tahun lalu.

Kita doakan sajalah yang baik-baik buat mereka ini. Moga masih ada sinar dalam rumah tangga mereka.

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.