Baru-baru ini, penampilan pelakon Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta ketika memperagakan pakaian di Kedah Fashion Week telah mendapat kecaman dari netizen gara-gara mengenakan tudung bersama topi sehingga menampakkan sedikit telinga.
Ekoran ini, pelakon yang masih jelita walaupun usianya hampir mencecah 50 tahun ini telah pun tampil membuat permohonan maaf atas kekhilafannya itu.
Bagaimanapun, perhatian netizen telah teralih dengan wajah Che Ta ketika membuat video permohonan maaf itu di mana ramai yang menegur nampak garisan penuaan di mukanya.
https://www.facebook.com/watch/?v=643695880516756&t=14
Namun begitu, menerusi temubual bersama mStar, Che Ta akui komen-komen dari netizen itu tidak memberi kesan kepadanya kerana memang hakikatnya dia sudah berusia.
Tambahnya lagi, kedutan itu normal dan kadang-kadang orang yang lebih muda darinya juga mempunyai kedutan namun dia memberitahu sehingga kini rambutnya masih tiada uban.
Orang kata saya tua. Ya saya memang dah tua. Tak ada masalah mengenai perkara itu kerana meskipun sudah berusia tetapi saya masih mampu untuk bekerja dan menguruskan banyak benda.
“Berkedut itu memang ada dan pada saya golongan muda juga ada kedutan di wajah tapi sehingga sekarang saya masih tiada uban.”
https://www.instagram.com/p/ChCz0vHB_rF/
Che Ta kemudiannya menambah yang penuaan tidak membuat dia rasa bimbang tapi lebih fokus untuk menjadi lebih sihat.
Saya pilih untuk tua dalam keadaan sihat berbanding cantik tapi sakit. Apa yang saya takutkan adalah menjadi nyanyuk tapi inshaAllah perkara itu boleh diatasi sekiranya kita mengamalkan bacaan surah Yasin setiap kali selepas solat Subuh.”
Selain itu, Che Ta turut memberitahu hasratnya untuk menutup aurat dengan lebih baik dan mahu fokuskan diri untuk kejar akhirat.
Takpelah Che Ta, kedut sikit tu biasalah. Ramai orang yang teringin nak cantik macam Che Ta ni…
Baca: “Manis macam anak dara” – Netizen Terpukau, Che Ta Nampak Macam Anak Dara Tanpa Bulu Mata Palsu