in

“Saya tetap sokong Mahathir!” – Tun M Pilihan Utama Ramai Warganet di Twitter Sebagai Perdana Menteri ke-8

Undi Mahathir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sehingga detik ini, rakyat Malaysia masih tertanya-tanya dan menunggu keputusan pelantikan Perdana Menteri ke-8. Bermacam-macam desas desus dan pendapat daripada seluruh pelusuk masyarakat yang memberi kritikan mahupun sokongan kepada ahli politik di negara ini.

Bagaimanapun, melalui kaji selidik dalam talian yang dilakukan semalam selama 5 jam, Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi pilihan. Menurut Harian Metro, pengguna Twitter di akaun mereka menjadikan Tun M pilihan utama selepas undian berakhir 7.30 malam semalam.


Mahathir

Kaji selidik itu telah mendapat sebanyak 7,982 undian daripada warganet dan Tun M mendapat 55.3 peratus sokongan diikuti dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di tempat kedua dengan 20.7 peratus.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima 12.1 peratus menjadikannya di tempat ketiga dan  Ahli Parlimen Gua Musang yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tengku Razaleigh Hamzah di tempat keempat dengan 11.9 peratus.

Mahathir1

Baca: “Ini pertama kali berlaku” – YDP Agong Cipta Sejarah, Akan ‘Interview’ 222 MP Dalam Masa 2 Hari Untuk Putuskan Siapa PM Ke 8

Agong

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.