in

“Saya terima, it’s okay” – Datuk Syafinaz Tidak Melatah Dikecam Gara-gara Nyanyian Sumbang

Syafinaz Kecam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sahaja tidak mengenali sosok yang penting dalam industri muzik tanah air, individu yang dimaksudkan ialah Datuk Syafinaz binti Selamat. Beliau yang merupakan seorang penyanyi serta guru vokal itu telah berjaya meletakkan nama Malaysia di mata dunia.

Pun begitu, baru-baru ini sebuah video yang memaparkan dia sedang menyanyi dikecam hebat oleh netizen kerana ada sesetengah yang berpendapat nyanyiannya itu kedengaran sumbang.


Artikel berkaitan: “Hebatnya, serba boleh!” –  [VIDEO] Netizen Terpegun Lihat Syafinaz Ajar Vokal Peserta Taranum

Artikel berkaitan: “Mariah Carey nyanyi pun sumbanglah!” – [VIDEO] Ini Respon Ifa Raziah Bila Nyanyiannya Dikritik…

@radiotelevisyenmalaysia

Bak kata Awal Ashaari tadi, Ratu Juri Malaysia. Siapa sempat tengok Awal usik Datuk Syafinaz tadi? 🙋🏻 #KonsertIniBaruBintang3 #IniBaruBintang #BintangRTM #BRTM2024

♬ original sound – RTM Malaysia Official – RTM Malaysia Official

Tidak cukup dengan itu, beliau juga dikatakan tidak sepatutnya menyanyi dengan sumbang memandangkan beliau sinonim dengan tugas menjurikan pertandingan nyanyian, terkini beliau merupakan salah seorang juri tetap bagi rancangan All Stars Gegar Vaganza.

Cats 36

Pun begitu, Datuk Syafinaz yang juga seorang pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) serta Akademi Seni Kebangsaan (ASWARA) itu tidak melatah dengan kecaman yang diberikan sebaliknya menganggap perkara itu salah satu proses pembelajaran.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

“Muzik itu besar, terpulang pada mereka sama ada untuk suka atau tidak. Perkara itu adalah subjektif untuk semua orang.

Saya okay dengan kritikan. Selama ini pun saya hidup dengan kritikan. Sebagai penghibur, saya faham orang memang suka mengkritik, tak mengapa. Saya terima.

Kalau saya rasa kritikan betul, saya ambil dan perbaiki diri saya. Itu cara saya berfikir. Apa sahaja komen diberi, bagus ataupun tak bagus, saya akan nilai diri saya sendiri.

Katalah apa sahaja, ia takkan melukakan saya,” katanya.

Selain itu, Datuk Syafinaz juga berkata beliau kini masih menuntut ilmu secara dalam talian dengan seorang guru dari luar negara, baginya ilmu itu tiada batasan serta tidak mengira usia.

Sumber: RTM, HLive 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.