Pelakon Farid Kamil mendakwa dia telah disekat daripada membuat sebarang panggilan kepada isterinya, Diana Danielle dan anak-anak, katanya dia kini menemui jalan buntu.
Memetik laporan Kosmo! Farid Kamil Zahari menyatakan bahawa hanya di mahkamah sahaja dia boleh bersua dengan isterinya itu.
“Saya telefon Diana, saya telefon anak-anak, semuanya di’block’ (disekat). Panggilan telefon tidak diangkat dan mesej WhatsApp tidak berbalas. Masa bertemu dengannya (Diana) hanyalah ketika di mahkamah sahaja sekarang.”
Tambahnya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Shah Alam sebentar tadi, pelakon filem Anwar, The Untold Story itu berkata dia hanya dapat habiskan masa selama 6 jam bersama anak sulungnya beberapa hari lepas.
“Alhamdulillah, Muhammad ceria. Saya jumpa dia enam jam. Itu adalah proses apa yang ditetapkan oleh peguam sebelah sana.”
“Untuk perjumpaan tersebut, hanya berlangsung dari pukul 10 pagi sampai 6 petang.”
Untuk rujukan, Diana memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada pada 10 Mac lalu tetapi Farid Kamil enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Baca : Farid Kamil Yakin Ada Sinar Berdamai Dengan Diana Danielle, Akan Jumpa Aurora Tak Lama Lagi