Penyanyi Syura Badron berkongsi keadaan suaminya iaitu Muhammad Farizat yang kini sedang menerima rawatan di hospital kerana melecur teruk di bahagian muka, kaki dan tangan akibat letupan tong gas di tempat penginapan mereka.
Kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu menyebabkan anggota tubuh badan suaminya itu terbakar tahap kedua. Menurut Syura, suaminya itu dilaporkan stabil dan tidak mengalami kecederaan serius.
Artikel berkaitan: “Mohon doa” – Suami Syura Melecur Teruk Akibat Terkena Letupan Gas Di Tempat Penginapan
“Saya tahu awak kuat”
Menerusi perkembangan terbaharu, penyanyi Nazam Berkasih itu meluahkan rasa terharu melihat kesungguhan suaminya yang masih mampu bekerja meskipun dalam keadaan sakit.
Biarpun masih menerima rawatan di hospital, Syura memuji komitmen ditunjukkan Farizat menguruskan perniagaan makanan yang diusahakan oleh mereka.
“Walaupun suami tengah dalam kesakitan, dia tak pernah berhenti fikir untuk cari rezeki buat keluarga kami.”
Dalam pada itu, Syura juga berkongsi video yang memperlihatkan hampir keseluruhan tubuh suaminya berbalut sebelum melakukan sesi dressing (cuci luka).
“Setiap kali dia nak pergi dressing, setiap kali tu jugalah hati ni rasa luluh.
“Sebab tahu, dressing tu sangat menyeksakan. Tapi saya tahu awak kuat, sangat kuat!” tulisnya.
@mediahiburanofficial “Dressing tu sangat menyeksakan, tapi saya tahu awak kuat.” Penyanyi Syura tunjuk momen suami Muhammad Farizat sebelum sesi ‘dressing’ kali yang keempat selepas mengalami lecur akibat letupan gas memasak, Jumaat lalu. #MHnews #MediaHiburan #FYP
Untuk rekod, Syura mendirikan rumah tangga dengan Farizat pada 22 Januari 2022 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.