Beberapa hari lalu, pelakon serta usahawan ternama tempatan, Mawar Rashid melalui Instagram miliknya memberitahu dia sudah tidak lagi berhijab selepas 3 tahun.
Mengakui dirinya gagal, Mawar dalam satu hantaran memberitahu dia sudah mencuba untuk mengekalkan imej tersebut namun tidak berjaya.
Terbaru, suami kepada Mawar Rashid, Raf Yaakob menerusi laman Instagram miliknya pula memberitahu dia menyedari isu berkenaan isterinya itu namun memilih untuk menyelesaikannya secara peribadi dan tidak mahu memanjangkan isu tersebut.
View this post on Instagram
“Maaf saya tidak memberi respon kepada rakan-rakan media yang menghubungi saya melalui DM, WhatsApp dan panggilan.
Mawar sudah membuat kenyataannya malam tadi dan saya tidak mahu membuat sebarang kenyataan lanjut untuk memanjangkan isu ini.
Kerana ini adalah perkara yang sangat-sangat peribadi antara saya dan Mawar, dan untuk Mawar dan Allah Swt. Sebagai suami, Mawar tahu apa yang saya tuntut dalam perkahwinan dan kami akan mengendalikan semua ini secara tertutup,” tulisnya.
Selain itu, Raf Yaakob yang juga merupakan adik kepada cef selebriti Fazley Yaakob itu meminta agar smeua mendoakan yang baik-baik buat Mawar.
Sumber: Instagram