Kerajaan telah mengumumkan bahawa kanak-kanak dari umur 5 hingga 12 tahun kini sudah boleh mendapat suntikan vaksin jenis Pfizer.
Lapor Astro Awani, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pilihan vaksin lain seperti vaksin Sinovac juga akan diberi pertimbangan untuk pemberian vaksin terhadap golongan tersebut.
Dewasa sendiri dapat rasa sakitnya
Terpanggil dengan pengumuman tersebut, pelakon drama bersiri Dunia Baru ini menzahirkan rasa kurang senang. memiliki cahaya mata yang berumur 12 tahun kebawah, ibu kepada 3 orang anak ini tidak bersetuju dengan keputusan tersebut.
“Cukup kami yang dewasa ni kena vaksin pun sakit,ya tahu dose mesti kurang untuk kids but still sakit,dah kerajaan cakap 5tahun-11tahun bahan uji kaji.”
Oleh sebab itu, Almy menyatakan bahawa dia tidak akan menjadi anak-anaknya itu sebagai ‘bahan ujikaji’.
Bagaimanapun, Almy menegaskan bahawa dirinya bukanlah anti-vaksin memandangkan dirinya dah lengkap 2 dos, apa yang menjadi kebimbangannya ada kesan sampingan yang bakal dihadapi selepas terima suntikan kerana golonagn dewasa sendiri tak terlarat ‘sakitnya.’
https://www.instagram.com/p/CVnCOZJPdx9/?utm_medium=copy_link
Pendapat yang sama juga turut diberikan oleh suaminya, Fizz Fairuz dengan menyatakan bahawa kesannya begitu kuat untuk kanak-kanak yang masih kecil.

