Sebelum ini kecoh mengenai seorang pelajar Phd berasal dari Indonesia telah dipenjara seumur hidup lepas dia disabitkan kesalahan 136 kes rogol di Britain.
Lelaki yang dikenali sebagai Raynhard Sinaga, 37, merupakan anak kelahiran Jambi dan pernah menjadi pelajar bagi Universiti Indonesia (UI) sekitar tahun 2002. Pada ketika itu dia mengambil jurusan arkitek.
Menurut portal Kumparan, salah seorang kawan kepada Raynhard dari Universiti Indonesia ada memberi maklum balas mengenai isu ini.
Individu yang tidak ingin namanya didedahkan itu berkata, semasa Raynhard menjadi pelajar di Universiti Indonesia, dia merupakan seorang pelajar yang baik, sopan santun, dan menjaga tutur katanya.
“Sebelum ni, dia takda tunjuk pun sebarang sikap aneh. Paling tidak pun, macam biasa lah, dia tu kalau bercakap pun lemah lembut je”
“Tapi walaupun dia sebelum ni macam tu, saya tetap tak mahu bersangka buruk terhadapnya” katanya.
Dalam pada itu, persatuan alumni Universiti Indonesia bagi tahun 2002 turut memberi maklum balas mengenai apa yang berlaku.
“Kami turut berasa simpati terhadap semua mangsa, dan kami juga berharap proses hukuman juga berlaku dengan seadil adilnya.” Alumni UI tahun 2002.
Pengarah Perlindungan Warga Negara Indonesia, (WNI) dan Badan Hukum Indonesia (BHI), Judha Nugraha berkata bahawa KBRI telah memberi perlindungan kepada Reynhard selama hampir tiga tahun bermula pada tahun 2017 sehingga 2020.
“Perlindungan yang diberi kepada Reynhard adalah seperti dia mendapat peguam sepanjang persidangan berlangsung” Judha.
Alamak, sekarang ni lelaki pun dah tak selamat nampaknya. Hati-hati lah kalau jumpa stranger tu. Kita tak tahu niat sebenar dia apa.