in

“Saya tak pernah rasa teruk macam ni” – Janna Nick Tertekan, Penyakit Bipolar Makin Merunsingkan

Janna Nick Bipolar

Kecelaruan bipolar adalah penyakit mental yang dikesan dengan perubahan mood yang melampau, daripada mania ke kemurungan dan sebaliknya. Merujuk sumber, perubahan mood tersebut mungkin juga bercampur, jadi mereka mungkin berasa gembira dan tertekan pada masa yang sama.

Sebelum ini, pelakon serta pengacara terkenal Janna Nick pernah mengatakan dia disahkan oleh doktor bahawa dia mempunyai penyakit bipolar sejak dua tahun lalu.

@xtra_my

Hanya orang yang pernah melalui bipolar je akan faham.. Allahu kesian Janna 😭😭 #fyp #xtramy #jannanick #bipolar #menangis #sakit #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Terbaru, pelakon yang berusia 28 tahun itu mengadakan sesi live di laman TikTok miliknya dan memberitahu sambil teresak-esak bahawa penyakitnya itu semakin merunsingkan dan serangan terbaru ini antara yang paling teruk pernah dialaminya.

“Saya happy, tiada masalah. Saya ok, cuma saya ada maslah dengan diri sendiri. Otak saya bising sangat-sangat harini. Paling teruk pernah saya hadapi.

Saya jalani penggambaran seperti biasa, cuma setiap hari saya balik lewat. Pukul 7 pagi, 8 pagi. Ada hari saya tidur pukul 2 petang jadi jadual waktu tidur saya bercelaru, tak menentu. 

Mungkin perubahan ini buatkan otak saya tak boleh terima…” luahnya.

Lebih mengeruhkan keadaan, pelakon Misteri Mona itu berkata disebabkan otaknya terlalu ‘bising’ dia mempunyai intrusive thoughts atau gangguan pemikiran yang mengajarnya cara untuk membunuh.

Tidak cukup dengan itu, Janna juga berkongsi setiap kali dia ingin ‘melawan’ bisikan dalam kepalanya itu dengan berzikir, ada lagi 10 suara lain yang mengganggunya.

Di akhir video berkenaan, Janna meluahkan rasa lega dan memberi peringatan kepada semua agar tidak memandang remeh tentang kesihatan mental ini.

Semoga Janna baik-baik sahaja…

Baca: “Harap boleh hentikan isu ini” – Janna Nick Mohon Maaf Kepada Ustaz Wadi

Janna Nick Mohon Maaf 1