Kemelut rumah tangga pempengaruh Cik Epal dan bekas suaminya, Jofliam nampaknya masih lagi tidak berakhir apabila hari ini Jofliam membuat kenyataan berhubung beberapa dakwaan negatif mengenai dirinya yang sedang tular di media sosial.
Terdahulu, bekas isterinya, Cik Epal ada membuat tuntutan permohonan maaf kepada wanita yang didakwa menjadi orang ketiga di dalam rumah tangganya iaitu Dewi dan membayar ganti rugi sebanyak RM1 juta.
View this post on Instagram
Jofliam tak pernah halau bekas isteri, nafi derhaka dengan ibu
Hal tersebut telah mendapat perhatian Jofliam yang berpendapat hal berkenaan sudah semakin merepek dan ia lebih kepada cabar mencabar di media sosial.
Tambahnya lagi, dia tidak pernah menghalau isterinya keluar dari rumah dan terpaksa mematikan access card rumah atas sebab tertentu.
Menurut Jofliam juga, dia tidak pernah derhaka terhadap ibunya dan lebih memilih untuk ‘zip mulut’ dari membuka aib.
Artikel berkenaan: Cik Epal Tuntut Dewi Buat Permohonan Maaf Terbuka & Bayar Ganti Rugi RM 1 Juta
Artikel berkenaan: “Dia hancurkan masjid saya” – Diperli Jadi Pemusnah Rumah Tangga, Dewi Dakwa Cik Epal Mulakan Dulu
Jofliam akui beri beg tangan pada Dewi, tidak bersekedudukan dengan wanita lain
Selain itu, Jofliam juga mengulas isu beg tangan mewah berwarna coklat yang telah dipakai Dewi. Beg itu dikatakan milik Cik Epal pada asalnya, namun ramai yang pelik mengapa Dewi memakainya pula.
Menurut Jofliam, beg tersebut telah dihadiahkan kepada Cik Epal sehari sebelum cef piza itu berlepas ke Milan. Namun dia mengakui kesilapannya memberi beg tangan tersebut kepada orang lain sebagai tanda rebel dengan isu yang berpanjangan ini.
Dia juga menegaskan yang dia tidak pernah bersekedudukan dengan mana-mana wanita walaupun ada yang keluar masuk rumahnya ditemani ahli keluarga.
Menerusi posting di IG story itu lagi, Jofliam berkata, dia memillih untuk menyelesaikan masalahnya secara tertutup dan tidak mahu lagi mencipta sebarang kontroversi di media sosial.
Dari dulu saya adalah orang yang boleh berbincang. Keep in private. Benda dah terlalu lama sangat. Saya rasa orang pun dah penat nak ambil tahu personal saya.
“Kenapa kena bermusuhan dan teruskan bermusuhan dan tanam api kebencian. Berdamailah dengan takdir. Mari fokus jadi ibu dan ayah yang terbai untuk anak-anak,” katanya.
Lebih baik kita jangan banyak-banyak komen. Doa yang terbaik saja buat mereka.
Sumber: Instagram