in

“Saya tak pernah bagi izin…” – Tak Tahu Suami Poligami, Rupa-rupanya Berjiran Dengan Madu Sendiri!

Rumoh Madu Dekat E1643509885849

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita di Bali, Indonesia membuat laporan polis tentang suaminya kerana berpoligami tanpa izin dan pengetahuannya. Menurut Tribun, pihak polis kini sedang mengambil keterangan suami dan madunya.

Suaminya dengan isteri kedua telah bernikah pada Ogos tahun lepas mengikut adat Bali yang dilakukan oleh saudara suaminya itu. Malah ketika mendapat tahu isteri pertama tidak memberi izin, saudara itu terkejut kerana sebelum dinikahkan dia sudah bertanya.


Dia berjumpa dengan saya, kan dia sepupu saya. Dia beritahu nak bernikah satu lagi. Saya tanya dah minta izin ke. Masa tu dia kata dah minta izin.”

Wedding
gambar hiasan

Isteri pertama yang telah dikahwini sejak tahun 2000 itu dapat tahu dia telah dimadukan baru-baru ini selepas hampir setahun suaminya bernikah. Lebih menyakitkan hatinya, madu dia tu adalah jirannya di kawasan perumahan yang sama, rumah mereka hanya beberapa meter je! Macam mana boleh tak kantoi?

Saya baru tahu sejak (dia) bawa (isteri kedua) ke rumah pada Ogos 2018. Sudah hampir setahun (mereka) tinggal bersama-sama.”

Rumoh
gambar hiasan

Difahamkan, selepas majlis pernikahan, pasangan itu pulang ke rumah ibu bapa isteri kedua untuk selesaikan adat dengan meminta izin dan berdoa.

Saya tidak pernah memberi izin. Tiba-tiba dia balik rumah beritahu dah nikah lagi satu. Saya marah sangat, tapi saya taknak buat kecoh sebab kesian mertua saya sudah tua.

Disebabkan itu, dia bertindak membuat laporan polis dan memberitahu telah ditipu dan dianiaya oleh suami sendiri. Perkahwinannya dengan isteri pertama, mereka dikurniakan seorang anak yang kini dikatakan sudah dewasa.

Suami Dan Madu
sumber: tribun

Macam mana suami dia sorok sampai hampir setahun, tak kantoi pun!

Baca: Wife Busy Rancang Wedding Anniversary, Tapi Suami Kahwin Lain!

Nikah2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.