in

“Saya tak perasan ayah semakin tua” – Nina Luah Rasa Sebak, Ismail Sabri Stabil Lepas Pengsan

ismail sabri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini dilaporkan dalam keadaan stabil selepas dikatakan pengsan awal pagi semalam.

Menerusi Instagram Story anaknya, Nina Ismail Sabri, dia berkongsi bahawa bapanya sudah kembali sedar dan semakin sihat menjelang tengah hari tadi.


“Pagi semalam saya dalam keadaan kebingungan, tetapi tengah hari tadi bapa semakin stabil. Alhamdulillah.

“Dia semakin sihat dan sudah sedarkan diri tengah hari tadi. Terima kasih kepada yang telefon, mesej dan bertanyakan khabar bapa. Saya tidak mampu membalas semua, saya akan lakukan itu selepas ini. Terima kasih semua,” tulisnya.

Artikel berkaitan: Bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri Dikejarkan Ke Hospital Selepas Pengsan Dan Tidak Sedarkan Diri

Artikel berkaitan: Kongsi Gambar Berbaju Sedondon Sekeluarga, Nina Ismail Sabri Terima Ucapan Tahniah?

0bdbddbc 06d3 4ed4 8756 fc316b6c9d09 e1740302897392
Tangkap layar hantaran Nina Ismail Sabri di laman Instagramnya.

Dalam perkongsiannya, Nina turut menyatakan rasa sebak apabila menyedari usia bapanya semakin meningkat.

“Ini gambar 2014, saya tak perasan dia semakin tua… kita pun semakin tua. Ramai rakan-rakan saya yang sudah kehilangan ibu bapa mereka.

“Semalam buat saya terfikir berapa lama lagi saya akan berada dengan mereka (ibu bapa). Takut kalau terfikir bagaimana kehidupan saya tanpa mereka.

“Saya terus berdoa semoga mereka diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur,” luahnya.

Nina juga sempat berpesan kepada pengikutnya agar segera mendapatkan rawatan sekiranya merasa tidak sihat bagi mengelakkan perkara yang lebih serius berlaku.

Terdahulu, media melaporkan Datuk Seri Ismail Sabri telah dikejarkan ke hospital selepas dilaporkan pengsan.

Beliau telah dikejarkan ke Hospital Sunway Medical Centre di Kota Damansara untuk rawatan lanjut.

Sumber: Kosmo! Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.