Susulan muncul isu yang mengatakan pengacara, pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa sudah bernikah dengan Pencetus Ummah, Muhammad Haris Mohd Ismail, pihak media segera mendapatkan komen bapa selebriti tersebut yang dikatakan menikahkan mereka di Kelantan.
Menurut Astro Gempak, walau bagaimanapun, Mohd Noor enggan memberi sebarang komen berkenaan dakwaan terbabit. Tambahnya lagi, dia telah mendapat banyak panggilan daripada pelbagai pihak yang bertanyakan kesahihan perkara tersebut.

Saya sudah katakan semalam bahawa saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara itu. Saya juga tidak mahu bercakap apa-apa mengenai perkara itu hari ini.
“Cukup dengan apa yang Neelofa dah sebut semalam. Tidak perlu saya tambah apa-apa lagi,” katanya.
Terdahulu, Neelofa menerusi akaun Instagramnya telah memberikan penjelasan berkenaan hal tersebut dan meminta orang ramai tidak lagi berspekulasi berkaitan hal itu.
Kata Neelofa lagi, keluarganya juga dalam proses perbincangan dengan keluarga PU Riz mengenai status perhubungan mereka.
Moga kedua-dua belah keluarga dapat mencari jalan penyelesaian yang terbaik buat pasangan ini.