in

“Saya tak kisah orang panggil Tokti tapi…”- Ini Respon Siti Nurhaliza Tentang Isu Panggilan Nama

F3 Nama Panggilan Siti Nurhaliza

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kecoh tentang isu panggilan nama kepada penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dikenali sebagai TokTi apabila ada peminat yang berpendapat bahawa panggilan Tokti itu seperti telah menenggelamkan nama Siti Nurhaliza.

6 1 3

Namun, Siti Nurhaliza mengatakan beliau tidak kisah dengan nama panggilan Tokti itu namun beliau berpendapat jika dalam majlis tertentu yang formal, adalah lebih baik jika beliau dipanggil dengan nama penuhnya, lapor Astro AWANI


Saya tak kisah jika dipanggil Tokti ketika bersama peminat, namun dalam majlis tertentu, lebih baik dipanggil dengan nama Siti Nurhaliza,” kata penyanyi lagu Bukan Cinta Biasa itu.

Ini kerana isu panggilan nama itu bukanlah masalah buat Siti Nurhaliza kerana panggilan Tokti dalam kalangan peminat juga sudah sebati dengan dirinya.

Artikel Berkaitan: #COLDPLAYinKL Atasi Rekod Siti Nurhaliza 20 Tahun Lalu, Ini Senarai Artis Dengan Penonton Paling Ramai Di Bukit Jalil

Artikel Berkaitan: Tok Ti Pembayar Zakat Paling Tinggi Untuk Kategori Penyanyi – CEO Lembaga Zakat Selangor

Kiranya, Tokti okay je kalau peminat panggil beliau dengan nama Tokti, tapi kalau ketika di acara formal, beliau lebih suka jika dipanggil dengan nama Siti Nurhaliza. 

Sumber: Astro AWANI

Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.