Sukan Malaysia atau SUKMA adalah acara dwi-tahunan yang diadakan di antara negeri-negeri seluruh Malaysia. Banyak bakat muda yang tampil mewakili negeri masing-masing dan memberikan yang terbaik untuk merangkul pingat emas.
Tidak terkecuali atlet ragbi Kedah, Aisyahtulfitriah Abdul Mohd. Hasbi yang diangkat sebagai wira pasukan sekaligus membantu pasukan negerinya meraih pingat emas.
Ikuti temubual dengan atlet ragbi Kedah dalam video yang dimuatnaik di akaun Twitter @MalaysiaRugby di bawah.
‘Saya mahu banggakan mak dan ayah kerana saya tak cemerlang dalam pelajaran’, kata
Aisyahtulfitriah Abdul Mohd. Hasbi diangkat wira selepas membantu skuad ragbi Kedah merangkul pingat emas pada #sukma2022 semalam. Video RIDUAN HANAFIAH @kosmo_online pic.twitter.com/VfO1PC9SCm— Malaysia Rugby (@MalaysiaRugby) September 23, 2022
“Saya tak cemerlang akademik”
Sebak mendengar luahan hatinya yang mahu membanggakan kedua ibu bapanya, ramai warganet tampil menitipkan kata-kata semangat untuk atlet kebanggaan negeri Kedah ini.
Min sangat setuju dengan kata-kata netizen ni. Tak semua orang pandai semua bidang, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Raikan kelebihan yang ada pada diri.
Betul, dengan sukan pun kita boleh berjaya. Yang penting tetap terus semangat dengan apa yang kita buat.
Adik dah berjaya bawa pulang emas. Tak semua orang boleh buat macam tu. Tahniah dik!
Percaya pada diri sendiri itu yang lebih utama. Parents mesti bangga dengan pencapaian kita tak kira bidang apa sekalipun.
Semoga dengan kemenangan ini dapat menyemarakkan lagi semangat dan bakat-bakat ragbi wanita di Malaysia. Tahniah sekali lagi Aisyah!