in

“Saya tak boleh jalan, cakap” – Wanita Dakwa Kena Minor Stroke Lepas Ambil Dos Kedua Vaksin?

Vaksin6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, pembukaan untuk mendaftar AstraZeneca telah dibuka buat semua orang dan hasilnya seperti ‘pisang goreng panas’, tak sampai sehari dah ‘fully booked’.

Namun begitu, wujud pula satu kes pada 2 hari lepas apabila ada seorang frontliner kongsikan satu perkara yang terjadi kepadanya selepas ambil dos kedua vaksin jenis Sinovac pada 22 April lepas.


 

“I cant walk, I can’t talk”

https://www.instagram.com/p/COU0NxFDhKh/

Menerusi perkongsiannya di Instagram, wanita yang dikenali sebagai Nur Hafiza ini dimasukkan kepada ICU selama 3 hari akibat serangan minor stroke pada bahagian kiri badannya.

Akibat itu, Nur Hafiza menjelaskan bahawa dirinya tak boleh berjalan malah bercakap sekalipun.

Vaksin3

Namun begitu, Hafizah menjelaskan bahawa vaksin ini bukanlah tak patut diambil sebab lain orang lain tindak balasnya.

“Kalau ada yang nak ambil vaksin silakan, kalau tak nak ambil jadi tak perlu ambil. Ada yang cucuk then dia demam batuk semua settle terus sihat. Ada sesetengah dia jadi macam saya, lepas cucuk 2 jam jadi macam ini, semuanya kuasa Allah SWT.”

Hafizah yang merupakan kakitangan disebuah hospital swasta ini menjelaskan dia tak boleh bercakap dengan jelas dan tak boleh berjalan dengan stabil.

https://www.instagram.com/p/COZRVAODEby/

Kata Hafizah, sepanjang 7 jam lepas, dirinya semakin sihat walaupun masih belajar untuk berjalan dan bercakap, dia akan sentisa update perkembangannya nanti di Instagram.

 

Baca : 268,000 Dos Vaksin AstraZeneca Untuk Penduduk Selangor &  KL, Pendaftaran Mulai Esok

Vaksin4

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.