Ibu kepada pelakon dan penyanyi kontroversi, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil baru-baru ini kembali aktif di Instagram selepas hampir dua bulan ‘menghilangkan diri’ dari media sosial.
Menerusi hantaran terbaharunya, Hafiza mendedahkan dia banyak menerima mesej netizen yang meluahkan rasa kebencian terhadap dia dan keluarga.
Dalam perkongsian itu, Hafiza memaklumkan dia akan terus menyekat dan memadam mesej negatif tanpa membacanya.
Artikel berkaitan: Instagram Ibu Aliff Aziz Kembali Aktif, Luah Rasa Syukur Lepas Kes Perceraian Anak Selesai
Artikel berkaitan: Anak ‘Buat Hal’ Lagi, IG Ibu Aliff Aziz Dikatakan Hilang?
“Masya-Allah tabarakallah setiap hari saya terima beratus-ratus hate DM’s from cyber troopers tegar. Alhamdulillah saya tidak baca hanya terus click block dan delete kesian sebab mereka bersungguh menulis maki hamun.”
Namun begitu, dia memaafkannya dan menganggap mereka yang menghantar mesej kebencian itu seperti lembu dicucuk hidung.
“Mereka pasti penat kan tapi tidak mengapa saya maaf kan sebab they don’t know better mereka seperti seekor lembu yang dicucuk hidung,” katanya.
Tambah Hafiza, dia masih bersyukur kerana ada segelintir netizen yang berhati mulia kerana ada yang menghantar kiriman mesej yang positif terhadapnya dan keluarga.
“Allah ilhamkan untuk terbaca DM sister ini Allahuakbar ramai lagi insan hebat yang mempunyai akal yang waras untuk berfikir dan menjaga adab Alhamdulillah.”
View this post on Instagram
Pada 13 Jun lalu, Aliff Aziz dan Bella Astillah sah bercerai talak satu. Aliff turut menyerahkan hak jagaan anak-anak kepada bekas isterinya dan Bella tidak menuntut mutaah serta harta sepencarian.
Sumber: Instagram