in

“Saya tak ada kekayaan tapi ada isteri yang sangat sayangkan saya” – Perkongsian Menyentuh Hati

Featured Isteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ini negara kita terlalu heboh dengan berita yang menglibatkan kekerasan atau kematian di antara pasangan suami isteri. Ia seakan-akan sudah menjadi kebiasaan untuk kita semua. Tetapi, lelaki ini membuktikan yang tanggapan kita tentang perkara tersebut tidak benar sama sekali, apabila dia berkongsi kisah hidupnya di laman sosial.

Isteri 2
sumber: facebook

Tular kisah lelaki ini yang sekali gus dapat menjadi inspirasi untuk kita semua apabila dia menjaga isterinya yang merupakan penghidap penyakit Paranoid Schizophrenia. Menurut Sharul Nizam Ab Rahim, beliau dapat tahu bahawa isterinya itu menghidap penyakit tersebut sebelum berkahwin, dan kini usia perkahwinan mereka sudah mencecah 8 bulan.


“Asakan demi asakan yang saya terima. Sesuatu di luar kebiasaan”

“Saya masih menzahir kekuatan kerana mata hati yang hakiki”

Kata Sharul, isterinya itu telah mengambil Rawatan Psikiatri sejak 17 tahun yang lalu dan pada 2014, doktor pakar mengesahkan bahawa isterinya menghidap penyakit Paranoid Schizophrenia. Tambahnya, penyakit tersebut tidak mempunyai penawar dan hanya perlu sentiasa makan ubat yang diberikan serta sentiasa penuhkan fikiran isterinya itu dengan aktiviti-aktiviti yang disukainya.

Isteri 3
sumber: facebook

“Isteri saya suka melukis dan mengajar. Mutu lukisan dan pengajarannya baik, malah lebih baik dan cemerlang dari sesetengah mereka yang tidak berpenyakit,” katanya.

Sharul memaklumkan sekiranya isterinya itu tidak mengambil ubat dan tidak melayannya dengan aktiviti yang disukainya, isterinya itu akan didatangi dengan kepercayaan palsu (delusion) dan halusinasi.

Semasa delusion, tanpa sedar dia akan mengatakan bahawa suaminya itu seorang yang jahat. Pada waktu itu, semua orang perlu percaya apa yang dia percaya. Sekiranya ada orang yang tidak percaya apa yang dia katakan pada waktu itu, maka padahlah jawabnya.

Semasa halusinasi pula, tanpa sedar dia akan mula berfantasi. Dalam fantasi tersebut, wujudnya bisikan negatif dan semestinya reaksinya juga akan melibatkan perkara yang negatif.

Isteri 1 E1509861927525
sumber: facebook

“Pernah terjadi sebelum ini, isterinya akan melenyapkan diri dan memandu pada jam 2 atau 3 pagi keseorangan. Tetapi itu tidak memberi ancaman awam”

“Seandainya fantasinya itu sedang dicederakan atau barangnya dicuri, kesannya lebih hebat”

“Kalau dia memendam, okay. Tapi kalau dia mula memaki hamun dan kamu membalas maki hamun tersebut, jaga-jaga. Dia aakan mencapai apa sahaja untuk dibaling bagi mempertahankan dirinya”

Kata Sharul, masyarat kita terutamanya orang melayu suka menyisih, menyorok, menafi dan malu dengan penghidap penyakit seperti ini. Tetapi bagi masyarakat barat, mereka mendedahkannya. Ianya memang berbeza.

“Hanya kepercayaan awam sahaja mampu meneutralkan satu kefitnahan”

Sharul juga berharap orang awam dapat membantunya untuk menjaga isteri tercintanya ini.

Isteri 4 E1509861794721
sumber: facebook

Pernah sebelum berkahwin doktor menanyakan sama ada mahu meneruskan perkahwinan mereka selepas Sharul baru sahaja dapat tahu tentang keadaan sebenar isterinya itu. Dan jawapannya,

“Saya tak ada kekayaan untuk ditunjuk-tunjuk. Tapi saya ada isteri yang amat sayangkan saya. Sebagai balasan, akan kujaganya seumur hayat”

Salute! Harap Sharul dapat menjaga isterinya dengan penuh kasih sayang, dan kisah ini diharapkan menjadi contoh buat para suami di luar sana 🙂

Baca: Cinta 12 Tahun Buat Wanita Tekad Peluk Islam dan Kahwini Lelaki Hidap Kanser Tahap Empat

Kahwin Featured

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.