Nama Iqbal Zulkefli boleh dikatakan disebut-sebut hampir setiap minggu kerana seringkali terpalit dengan pelbagai kontroversi yang melibatkan dirinya.
Antara yang terbaru ialah membabitkan isu tabur dan pijak wang yang dianggap netizen sebagai satu tindakan tidak beradab dan riak kerana menunjuk-nunjuk wang yang banyak.
Ramai salah faham, Iqbal tak guna wang kertas betul
Sedar dirinya kini menjadi buah mulut netizen, Iqbal menerusi satu posting di Instagram tampil menjelaskan situasi sebenar mengenai hal tersebut.
Menerusi video yang berdurasi 5 minit 41 saat itu, dia menjelaskan bahawa wang tersebut bukanlah wang sebenar dan hanya digunakan untuk tujuan penggambaran.
Iqbal juga menafikan bahawa dialah individu yang menabur wang kertas tersebut di atas lantai kerana ketika dia tiba di set berkenaan, wang tersebut sememangnya sudah bertaburan dan digunakan juga oleh selebriti lain.
Kalau saya jumpa duit 10 sen sekalipun, saya takkan langkah duit itu, takkan pijak, malah kalau saya jumpa duit bawah katil saya akan letak atas.
Orang kata walaupun tu duit palsu, tak elok buat macam tu sebab ada nama tulisan jawi dan gambar semua kan. Duit tu sebenarnya telah dibuang tulisan sensitif dan gambar yang sensitif dan telah diubah gambar pun sebenarnya,” kata Iqbal.
“Saya merayu tolong bersihkan semula nama saya”
Penyanyi lagu Hujan ini juga pada masa yang sama masih terbuka hati untuk memaafkan mereka yang salah anggap padanya dan berserah sekiranya video tersebut masih menjadi bualan orang ramai.
Menerusi kapsyen di dalam posting tersebut juga Iqbal meminta supaya namanya dibersihkan daripada isu ini dan berharap orang ramai kenali dirinya yang dahulu, sebelum isu viral ini berlaku.
https://www.instagram.com/tv/CVywJw6rMnp/?utm_medium=copy_link
“Bagi yang baru mengikuti saya, cuba lihat post saya 2009 sehinggalah 2021 sebelum viral bermula. Itu adalah diri saya.
“Hanya saya yang tahu hal sebenar, perit untuk saya tangani. Saya merayu tolong bersihkan semula nama saya tentang isu ini. Terima kasih kepada yang sudi memahami,” katanya lagi.
Harap ramai yang faham dengan apa yang cuba disampaikan Iqbal. Rasanya selepas ini Iqbal harus lebih berhati-hati dengan setiap perkara yang dilakukan.
Baca: “Lapar nak popular?” – Dato’ Vida Terkilan, Kisah Peribadinya Disamakan Dengan MV Hujan Iqbal