in

“Saya tahu banyak komen negatif” – Isteri Fikry Ibrahim Akui Tidak Terburu-buru Fail Cerai

syaz ft 2025 07 28T162034.695

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila rumah tangga pelakon serta pengacara Fikry Ibrahim dikatakan sedang berantakan.

Terbaru, isterinya Siti Khalizah Alihan tahu banyak komen negatif daripada netizen terhadapnya, namun hanya dia dan suami mengetahui hakikat sebenar hubungan mereka dan memilih untuk tidak membuka aib rumah tangga.


Artikel berkaitan: Fikry Ibrahim Tampil Buka Mulut Isu Kemelut Rumah Tangga, Bagi Bayangan Masih Belum Berakhir

Artikel berkaitan: Peguam Sangkal Dakwaan Isteri Fikry Ibrahim Tarik Balik Permohonan Cerai, Jelaskan Perkara Sebenar

“Saya tahu banyak orang komen negatif dekat saya. Hanya saya dan suami saja yang tahu sebab kami tak bercerita kepada umum,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ahmad Fikry (@fikryibrahim)

Khalizah menyatakan tindakannya memfailkan cerai bukanlah satu keputusan yang terburu-buru sebaliknya ia adalah ujian kehidupan sebagai pasangan suami isteri.

“Kita manusia, lagi-lagi yang tak sempurna macam saya kadang-kadang Allah uji. Tiada siapa nak benda buruk terjadi. Benda itu berlaku atas ujian Allah bagi kepada kami pasangan suami isteri.

Walaupun saya tak pandai sangat agama, tapi tahulah juga hukum. Tidaklah semudah itu apa yang saya buat. Siapa yang nak kahwin tak nak bahagia, kan?” katanya lagi.

Dalam sesi live di TikTok itu, Khalizah juga berkata dia tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak berhubung krisis rumah tangganya itu dan mahu memperbaiki setiap keretakan dalam perhubungan.

Bulan lalu, Khalizah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan bagi sebutan pertama perceraian.

Fikry bagaimanapun menjelaskan kehadiran isterinya ke mahkamah hanya untuk menarik semula permohonan perceraian.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.