in

“Saya syak anak saya dibel*sah”- Ibu Tak Percaya Dakwaan Pelatih PALAPES Meninggal Dunia Akibat Sawan

ft palapes

Ibu kepada seorang pelatih daripada Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dari kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor ingin membuat tuntutan agar siasatan dilakukan dengan segera berhubung dengan kematian anaknya ketika menjalani latihan kendalian pasukan tersebut pada Isnin lalu.

Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, berkata, anaknya Syamsul Haris Shamsudin, 22, meninggal dunia semasa menjalani latihan PALAPES UTM Pulada, Lapang Sasar Inokulasi Tempur, Pulada, Ulu Tiram, Johor dengan sebab kematian yang belum jelas dan agak mencurigakan.

Artikel berkaitan : Doktor Pelatih Tidur M*ti Sampai Pesakit Di Wad Kecemasan Meninggal Dunia

Artikel berkaitan : Ibu Zara Qairina Percaya Kematian Anak Ada Unsur Jenayah – Peguam

Jelas ibu tunggal itu lagi, berdasarkan pemerhatiannya terhadap jenazah sewaktu bedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, dia mendapati tubuh jenazah anaknya itu mengalami kecederaan teruk yang tidak selaras dengan maklumat awal bahawa kematian anaknya itu berpunca daripada sawan.

Jelasnya lain, selain ada pendarahan dalam kuantiti yang banyak khususnya pada hidung dan mata yang dipercayainya terjadi susulan hentakan yang kuat di kepala, ada beberapa kecederaan lain seperti lebam dan luka pada badan termasuklah bahagian leher dan bahu anaknya.

Screenshot 2025 08 01 164359

“Pada awalnya saya dimaklumkan pihak PALAPES bahawa sebab kematian anak saya adalah kerana kekejangan dan sawan ketika menyertai latihan itu pada hari ketiga, sedangkan ketika saya melihat jenazah anak saya, keadaannya sangat menyayat hati dengan kecederaan yang dialami pada tubuhnya.”

“Darah membuak-buak mengalir dari hidung dan matanya dengan kesan lebam pada tubuh dilihat seperti dibelasah. Saya tak puas hati dengan alasan diberikan pihak PALAPES UTM bahawa keadaan anak saya itu berpunca daripada sawan.”

Jelasya lagi, laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, semalam untuk menuntut siasatan segera dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kematian Syamsul Haris.

“Saya syak anak saya dicederakan, dipukul atau dibelasah atau dengan kata lain dibunuh oleh mereka yang turut menyertai kem PALAPES berkenaan.”

“Setakat ini punca kematian diklasifikasi sebagai ‘pending labotoray investigation’ (menunggu hasil penyelidikan makmal) dan saya difahamkan laporan sampel yang dihantar ke makmal itu diperoleh dalam masa tiga bulan.”

Tambahnya, Syamsul Haris adalah anak sulungnya daripada tiga beradik dan merupakan pelajar Semester 2 Ijazah Sarjana Muda Sekuriti Siber UTM, dia menyertai latihan PALAPES UTM bermula Sabtu lalu dan sepatutnya dijadual berakhir Ahad ini.

Kata Ummu Haiman Bee lagi, kali terakhir dia berhubung dengan anaknya itu pada Sabtu lalu ketika anaknya menghubunginya untuk menceritakan persiapannya dalam menyertai perkhemahan terbabit sebelum kembali berhubung melalui WhatsApp pada malam sehari sebelum berita kematian anaknya.

images

“Malam sebelum hari kejadian arwah ada WhatsApp saya, dia perlu segera menghantar dan menyiapkan tugasan yang diarahkan oleh pensyarah.”

Waktu itu dia sempat mengatakan dia perlu menyerahkan semula telefon kepada pegawai PALAPES.

“Sempat juga dia berpesan “Maa (emak), saya dah nak masuk baris, saya kena serah telefon sekarang… Maa jaga diri baik-baik…” Dia juga ada katakan yang dia gembira apabila berjaya buat latihan tembakan pada hari Ahad itu juga dan kemudian hari berikutnya (Isnin) saya terima berita anak saya meninggal dunia.”

Menurut Berita Harian, jenazah Syamsul Haris dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu, Semenyih, Selangor.

Sumber : Berita Harian