Era digital ini, kita dapat lihat makin ramai keyboard warrior yang berani mengutuk dan menghina sesiapa sahaja. Perkara tersebut bukan sahaja dapat menjatuhkan moral dan keyakinan seseorang, ia juga boleh membawa kepada masalah yang lebih serius seperti kemurungan atau anxiety.
Selebriti antara yang paling selalu dikecam oleh golongan keyboard warrior ini, mereka melakukan perkara sedemikian seakan-akan selebriti ini tidak mempunyai hati dan perasaan.
Itulah yang terjadi kepada penyanyi bersuara lunak, Shila Amzah apabila ramai yang membuat komen negatif tentang badannya selama beberapa tahun kebelakangan ini.
@shilaamzahofficial I’m done with “tak jaga badan” comments, I’m struggling mentally n physically..dealing with my divorce and hormonal imbalance. #fy #normalizenormalbodies
Shila Amzah mendedahkan kekecewaannya dengan video yang dimuat naik di TikTok, penyanyi yang terkenal dengan kebolehannya menyanyi dalam bahasa Mandarin itu membidas netizen dengan ayat,
“POV (sudut pandangan) anda terus mendapat komen yang memalukan tentang badan tetapi anda telah bekerja keras dan anda perlu sihat dari segi mental dan fizikal.”
Penyanyi itu juga turut menulis dalam ruangan kapsyen video TikTok itu di mana dia sudah ‘muak’ dengan komen ‘tak jaga badan’, malah dia juga menyatakan bahawa dia sedang bergelut dengan masalah mental dan fizikal akibat penceraiannya dan hormon yang tidak stabil.
“Go go queen!”
Video tersebut mendapat respon yang baik daripada rakan artis serta peminatnya, ramai yang menyokong penyandang Anugerah Juara Lagu itu dan kagum dengan sikap positifnya.
Ingat ye, #normalizenormalbodies!
Baca: Kumpulan ‘Indie’ SOG Lakar Sejarah, Menang AJL Dengan ‘Pelukan Angkasa’