in

“Saya seolah-olah mati 15 minit” – Mawi Kongsi Pengalaman Terkena Penyakit Misteri

Mawi Sihir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Juara rancangan realiti nyanyian terkemuka Akademi Fantasia yang pernah mencipta fenomena di Malaysia, Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi berkongsi pengalaman seolah-olah mati ketika diserang penyakit misteri.

Menerusi sebuah temu ramah Hlive, Mawi berkongsi kejadian yang berlaku tujuh tahun lepas itu sangat menakutkan dan menginsafkan kerana hampir-hampir meragut nyawanya.


https://www.instagram.com/p/CsIQlH-unPf/

“Ketika itu saya tidak sedarkan diri seolah-olah mati selama 15 minit. Saya sedar semula apabila bahagian kepala terasa sejuk dan mendapati isteri saya, Ekin sedang membasahkan kepala saya.

Ketika itu dia meraung dan menangis sambil mengelap darah yang berlumuran di seluruh badan saya. Kejadian ini turut disaksikan oleh kembar Ekin iaitu Ain dan bapa saudara saya yang berada di hospital ketika itu.

Saya memang tak ingat apa yang berlaku,” katanya.

Mawi berkata isterinya itu dilihat sedang lap dan cuci darah yang keluar daripada mulutnya, katanya darah itu membuak keluar seperti ‘lava’ gunung berapi.

Peristiwa misteri itu berlaku ketika dia berusia 34 tahun dan ia membuatkan dia terpaksa menyepikan diri daripada industri hiburan buat sementara waktu walaupun sedang berada di puncak karier seninya.

Bagaimanapun, Mawi tidak menuduh atau mengesyaki ia kerja sihir mana-mana pihak, sebaliknya bertindak memperbaiki kekurangan dirinya.

Pelantun lagu Aduh Saliha itu mengakui bahawa sihir dan perkara ghaib itu wujud, dia turut mengingati orang ramai agar berhati-hati dan sentiasa mendekatkan diri dengan Tuhan.

Baca: “Budak bukan lawan kau!” –  Ahli Keluarga Dedah Anak Hidayah Disihir Sejak Bayi?

Hamzah Tangan Tak Kuat Saraf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.