in

“Saya sendiri akan kebumikan mereka”- Presiden Filipina Beri Amaran Keras, Tembak Mati Rakyatnya Yang Langgar Perintah Berkurung

Feat 2

Mungkin kedengaran terlalu kejam, namun hakikatnya itulah tindakan yang terpaksa diambil Presiden Filipina, Rodrigo Duterte kepada rakyatnya yang ingkar dengan perintah berkurung negara itu susulan Covid-19.

Beliau menyatakan perkara itu ketika berucap secara langsung di televisyen semalam, lapor Awani.

2018 04 20 44576 1524214961. Large

Malah katanya, tiada sebarang bentuk tolak ansur kepada mana-mana pihak yang menyerang petugas perubatan ketika ini.

Ia semakin teruk. Jadi saya tekankan lagi sekali betapa serius masalah dihadapi negara ketika ini dan anda semua perlu mendengar.

“Arahan saya kepada polis dan tentera, sekiranya ada masalah dan situasi yang tidak mengikut arahan, tembak mereka sampai mati. Adakah ia boleh difahami? Mati. Selain mencetuskan masalah, saya akan ‘kebumikan’ kamu,”

1 2

Ketua Polis Filipina bagaimanapun menafikan bahawa pihaknya akan menembak mereka yang ingkar dan ugutan tersebut katanya adalah untuk menunjukkan betapa seriusnya masalah dihadapi negara itu ketika ini.

Sehingga 2 April, sebanyak 2,311 kes jangkitan Covid-19 dicatatkan di Filipina dengan 96 kematian.

 

Baca : Degil sangat kan! Rakyat Filipina Yang Langgar Perintah Lockdown Kena Sumbat Dalam Kandang Anjing

2 4

Sumber: nst