in

“Saya sangat bersyukur” – [VIDEO] Netizen ‘Downgrade’ Bag Gadis Ini, Rupanya Ada Cerita Sebaliknya…

ft bag jenama mewah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini telah tular sebuah video mengenai seorang gadis yang berkongsi perasaan gembiranya apabila dia mendapat hadiah sebuah bag tangan berjenama dari ayahnya, namun videonya di TikTok itu telah mendapat keceman daripada warganet.

Pemilik akaun yang dikenali sebagai Zoe itu memuat naik video berkenaan sebagai kenang-kenangan dan menganggap ia adalah beg tangan mewah pertama yang berjaya dimilikinya.


@zohtaco

thank you dad ?

♬ Glitch – Just audios

Video yang tular itu telah mendapat 6.5 juta tontonan dalam masa empat hari dan meraih 550.8 ribu tanda suka di platform media sosial TikTok.

Walaubagaimanapun, kegembiraannya tidak lama apabila muncul seorang netizen di ruangan komen yang memberitahu bahawa bag tangan tersebut tidak layak berada dalam kelas premium atau mewah seperti yang disangkakan oleh Zoe.

“Kami tak mampu nak beli benda baru sepanjang masa” – Zoe

Tapi, apa yang ramai orang tidak tahu adalah sebenarnya Zoe datang dari keluarga yang sederhana dan dia lantas mempertahankan diri dengan mengatakan beg tangan itu adalah jenama yang mewah.

Dalam video yang berasingan, Zoe menerangkan bahawa topik berkenaan kewangan ini agak sukar untuk dibincangkannya memandangkan dia bukan berasal daripada keluarga yang berada.

@zohtaco

Replying to @cressy i am so happy and grateful for you, that you can consider charles and keith not a luxury. also btw if you google it, lots of sources do classify them as a luxury brand. so.

♬ original sound – zoe ? – zoe ?

“Kami tak mampu nak beli benda baharu sepanjang masa. Barangan seperti beg tangan Charles & Keith adalah satu perkara yang mewah untuk kami.”

Menurut Zoe, sebuah beg tangan yang berharga 80 dolar Singapura (RM262) mungkin kelihatan murah di mata netizen tersebut tetapi untuk dirinya dan keluarga nilainya adalah besar.

“Saya sangat bersyukur yang ayah saya mampu belikan beg tangan ini untuk saya. Dia bekerja sangat keras untuk kumpul duit itu,” katanya

Video Zoe itu telah mendapat perhatian ramai termasuk warganet di Malaysia, rata-rata netizen memberikan sokongan moral kepadanya dan memuji kesungguhan ayah Zoe menghadiahkan anaknya itu beg tangan jenama mewah.

Screenshot 2023 01 12 122125

Tak kisah la brand apa pun tapi dia hargai pemberian ayah dia…

Baca : “Untung kau dik…” – [VIDEO] Budak 10 Tahun Dapat Nissan GT-R R35 Sebagai Hadiah Hari Jadi

hadiah kereta 758x399 1

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.