Banyak sudah kisah yang kita dengar mengenai kegigihan para doktor dan nurse di China yang bekerja tak kira siang dan malam demi menjaga pesakit yang dijangkiti coronavirus di Wuhan.
Mereka ni dianggap sebagai hero yang sebenar kerana ada di antaranya sehingga maut dalam menjalani tugas dan terpaksa tinggalkan keluarga kesayangan di kampung halaman dalam jangka masa yang lama.
Ibu dan anak hanya dapat beri ‘dakapan angin’
Namun kisah dua beranak yang viral di media sosial baru-baru ni telah menarik perhatian netizen yang simpati dengan nasib mereka.
Menerusi video yang viral di Youtube, seorang budak perempuan berusia 9 tahun dilihat menangis teresak-esak sambil memberi ‘dakapan angin’ kepada ibunya yang bertugas sebagai jururawat barisan hadapan di Fugou, daerah Henan.
Nurse tersebut yang dikenali sebagai Liu Haiyan, rupanya sudah tidak pulang ke rumah semenjak minggu pertama Tahun Baru Cina lagi, lapor WORLD OF BUZZ.
Bimbang dijangkiti coronavirus, anak tak boleh dakap emak
Pun begitu, pada 31 Januari lepas, suami kepada Liu telah menyediakan dumpling kesukaannya dan membawa ia bersama anak mereka yang berusia 9 tahun ke hospital untuk melawat wanita tersebut.
Namun disebabkan takut virus tersebut tersebar kepada orang luar, Liu tak boleh nak datang dekat pada anak dan suaminya serta dia juga tak boleh nak beri anaknya pelukan erat.
Anaknya sempat merintih,
“Mak, saya rindu mak sangat-sangat”.
Namun Liu cuba menenangkan anaknya dengan tersenyum dan berkata,
“Jaga diri baik-baik! Mak sedang melawan monster! Mak akan balik bila virus ni dikalahkan. Mak akan balik bersama kamu bila kami dah menang!”
Menurut suami Liu, anak mereka tak henti-henti memikirkan tentang keadaan ibunya di sana. Mereka juga bercadang untuk buat jamuan special buat pekerja hospital semenjak pertemuan dengan Liu hari itu.
Kita doakan semoga masalah coronavirus ni cepat selesailah dan ibu serta anak ni dapat bersatu semula.