Baru-baru ini, gambar Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Pahang Kawasan Ketari, Young Syefura telah menjadi tumpuan kecaman rakyat di Twitter.
Ini kerana fotonya membuat sambutan hari lahir seseorang itu telah mengundang kemarahan warganet kerana beliau yang merupakan wakil rakyat tidak sensitif dianggap ketika musim PKPB ini.
Sambut hari jadi di Selangor
Menerusi gambar yang dikongsi di Instagram, foto itu memperlihat beliau menyambut ulang tahun kelahiran di tepi pantai di Selangor sambil bergambar beramai-ramai tidak menjaga jarak dan memakai pelitup muka.
Disebabkan itu, ada netizen yang marah dan mempertikaikan kredibiliti beliau sebagai seorang wakil rakyat yang berulang alik dari Ketari ke Sepang. Disebabkan itu, Young Syefura, tampil memberikan keterangan mengenai hal tersebut.
I tinggal di Selangor. Berulang hampir tiap hari ke Pahang. So yeah kejap nampak kat Pahang kejap nampak kat Selangor. Thanks.”
Umumnya, kebanyakan kawasan di Selangor kini berada di dalam zon merah. Jadi, kemarahan netizen menjadi semakin membuak apabila ada antara mereka yang selongkar perkongsiannya sebelum ini terhadap kelantangannya dalam menegur beberapa orang YB yang tidak memakai pelitup muka.
“Saya memohon maaf, saya rela disiasat”
Akui dengan kesilapannya, Young Syefura semalam ada muat naik tweet membuat permohonan maaf secara terbuka.
Beliau menegaskan bahawa, beliau tidak menggunakan kelebihannya sebagai seorang wakil rakyat untuk bergerak di dalam Selangor. Malah, negerinya juga bermaustatin. Katanya lagi, beliau rela disiasat oleh pihak berkuasa.
Saya memohon maaf jika tindakan saya melanggar sebarang SOP Covid-19. Saya x menggunakan sebarang kelebihan sbg seorg wakil rakyat utk bergerak di dlm Selangor, negeri saya bermastautin. Saya rela disiasat oleh pihak berkuasa jika tindakan sy melanggar sebarang SOP Covid-19. Tq.
— Rara ? (@youngsyefura) November 9, 2020
Tweet itu telah meraih 3.1K jumlah perkongsian sepanjang 12 jam sejak ia telah dimuat naik. Permohonan maaf itu juga dibuat menerusi laman Instagramnya dan foto sambutan ulang tahun itu juga telah dipadamkan.