in

“Saya rasa seperti ada ikan berenang dalam perut” – Gara-gara Makan Sushi Dah ‘Masam’, Wanita Alami Halusinasi

Ft Sushi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang yang ada ciri-ciri suka beli makanan banyak-banyak lepastu simpan dalam peti ais lepastu lupa, dinasihatkan jangan jadikan sushi sebagai pilihan.

Seorang wanita dari Amerika sakit berbulan hinggalah doktor tahu puncanya datang daripada sushi.


Baca lagi, bukan salah sushi ok!

Sushi8

Nyum…

 

Kerap halusinasi

Baru-baru ini seorang professor dari University of Illionis yang dikenali sebagai Prof. Hsu telah berkongsi mengenai satu pesakit yang dinamakan JC di laman youtube miliknya, Chubbyemu.

Wanita berusia 34 tahun dikatakan jatuh sakit kerana kekurangan zat yang mengakibatkan masalah-masalah seperti halusinasi, insomnia dan cirit birit.

Dia dapat lihat serangga kecil merayap di sudut mata dan kemudian merangkak masuk ke bawah kulit. Selain itu juga, JC turut dapat merasakan seperti ada ikan ‘berkeliaran’ di dalam perutnya.”

Ketidakselesaan ini membuatkan wanita berkenaan sukar tidur.

 

Kurang vitamin B12, doktor dah bagi tapi JC masih alami masalah yang sama

Setelah diperiksa, doktor mengesahkan yang JC kekurangan vitamin B12.

Memetik laporan webmd, kekurangan vitamin B12 boleh mengakibatkan masalah penghadaman seperti sembelit, cirit birit dan hilang selera makan.

Masalah saraf seperti ‘numbness’ atau kebas, otot lemah, dan masalah berjalan kerana ketidakseimbangan.

Juga masalah mental seperti kemurungan, hilang ingatan, dan perubahan tingkah laku.

Jadi, vitamin B12 diberikan kepada JC bagi memulihkan masalah tersebut namun JC masih mengalami masalah yang sama.

Di dalam video dokumentasi tersebut, Prof. Hsu merasakan aneh. Ke mana semua vitamin B12 yang diambil oleh JC pergi?

Boleh lihat videonya di sini.

 

Rupanya cacing pita beranak dalam badan

Siapa sangka, puncanya terletak pada 9 bulan yang lalu.

JC baru teringat tentang sushi.

Menurut mirrokUK, dia ingat ada satu hari tu dia balik kerja lewat dan kedai-kedai pun sudah tutup. Lalu dia mencari apa yang ada di peti ais dan menjumpai sushi lantas memakannya. Wanita ini lupa sushi tersebut sudah 5 hari disimpan…

“Ikan itu rasa sedikit masam tapi JC cicah kicap untuk sebatikan rasa sushi tersebut.”

Sushi4

Selepas 4 bulan baru dia mengalami sakit-sakit.

Doktor mengesahkan terdapat cacing pita antara yang terbesar dalam spesiesnya hidup dalam badan JC iaitu diphyllobothrium latum atau bahasa mudahnya fish tapeworm (seseorang boleh dijangkiti cacing ini jika makan ikan mentah atau kurang masak, ya sushi 5 hari tu!).

Sushi6

Spesies ni dikatakan suka makan vitamin B12. Dan dia boleh membesar sampai 9 meter panjang, jangan main-main! Siap beranak pinak lagi ye, sekali bertelur beribu!

 

Sushi5

Akhirnya penderitaan JC berakhir setelah diberikan ubat cacing praziquantel. Sebagai langkah pencegahan, dah beli sushi terus makan ok atau makan yang fresh je. Jangan lupa ambil ubat cacing secara berkala!

 

Baca : Sushi Mentai di Cheras Ditutup Selepas Pekerja Dirakam Meletakkan Salmon di Atas Tong Sampah

Sushi

Sumber: thestar
Sumber: youtube
Sumber: researchgate
Sumber: youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.