in

“Saya rasa sangat bersalah” – Mila Jirin Kongsikan Kenapa Jarang Pakai Barang Kemas

ft mila jirin jarang pakai barang kemas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin mempunyai pendiriannya yang tersendiri kenapa dia jarang memakai barang kemas berbanding dengan wanita lain.

Perkara itu didedahkan menerusi satu wawancara yang kini tular di media sosial, TikTok. Jelasnya, kebanyakan masa, hanya cincin kahwin sahaja yang dipakai ketika berada di mana-mana.


Artikel Berkaitan : “Oh saya lupa, industri kami TAK PENTING” KJ Ragu-ragu Buka Sektor Majlis Sosial, Mila Jirin Kecewa Lama Tak Ada ‘Job’

Artikel Berkaitan : “Memang a good boss” – Bisnes Terjejas Sebab Covid-19, Mila Jirin Jual Kek Untuk Bayar Gaji Staff

Pendirian itu mula wujud selepas berlaku satu peristiwa yang membuatkan dirinya rasa terasa seperti terkena satu tamparan hebat. Penyanyi lagu Persis Mutiara ini pernah menghadiri satu program dan pada waktu itu, dia memakai barang kemas yang banyak.

Mila perasan ada orang lain yang memerhatikan tangannya sampai dia jadi rimas dan tak selesa. Namun begitu, persoalan terhadap pandangan orang itu terjawab apabila orang tersebut meluahkan rasa cemburu kerana tidak memiliki barang kemas sepertinya.

@cuitsikitjanganse

#cuitsikitjangansentap #live #milajirin #acahacah #fyp

♬ original sound – CuitSikitJanganSentap – CuitSikitJanganSentap

Dari situ, Mila diselubungi rasa bersalah kerana telah melukakan hati pihak lain tanpa sengaja. Sejak dari itu, dia tidak memakai barang kemas yang banyak di khalayak orang ramai, biarpun suaminya hadiahkan barang tersebut dan Mila akan menyimpannya.

Namun begitu, Mila tidak menafikan bahawa dia tetap akan melaram dengan barang kemas tersebut ketika musim perayaan memandangkan ia diibaratkan satu norma buat dirinya yang merupakan anak jati dari negeri utara.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.