in

“Saya rasa ramai lebih selesa beli online” – Peniaga Dakwa Jalan TAR Dah Tak Semeriah Dulu?

ft jalan tar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum wujudnya platform beli belah secara dalam talian yang dipromosikan dalam sesi live di media sosial, tempat yang menjadi tarikan orang ramai untuk membeli barang persiapan raya adalah di Bazar Aidilfitri Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR).

Bila sebut sahaja baju raya, memang Jalan TAR menjadi salah satu pilihan, namun sejak kebelakangan ini, boleh dikatakan Jalan TAR sudah tidak semeriah dulu. Tinjauan daripada Harian Metro melaporkan bahawa para peniaga sudah mula mengeluh.


Artikel berkaitan : Tular Video Peniaga Berebut Tapak Bazar Ramadan, Siap Ada Yang Jatuh Tersungkur

Artikel berkaitan : [VIDEO] Didakwa Niaga Secara Haram, Peniaga Kelam Kabut Lari Bila Nampak DBKL Ronda Jalan TAR

Salah seorang peniaga, Noor Soleha Mohd Radzir, 34 menyatakaan keadaan pada tahun ini jauh berbeza dari sebelumnya. Sebelum ini, walaupun baru seminggu berpuasa, kunjungan orang ramai ke bazar Aidilfitri agak memberangsangkan.

“Sejak mula berniaga di sini, saya lebih banyak termenung menunggu pelanggan sehingga waktu berbuka kerana kurang pengunjung. Sejak mula berniaga pada 3 Mac lalu, jumlah pengunjung memang sangat kurang berbanding tahun sebelum ini.”

Katanya lagi, purata pelanggan setiap hari hanya seorang hingga dua orang sahaja dengan hasil jualan RM100.

Screenshot 2025 03 10 155039

“Saya berharap hari ini jualan akan meningkat berbanding sebelum ini. Bagaimanapun saya masih belum menekan butang panik dan berharap dua minggu sebelum Aidilfitri, jumlah pengunjung akan meningkat.”

“Selain berharap jualan di sini, saya turut mencari alternatif lain dengan berniaga di dalam talian untuk menjana pendapaan tambahan,” katanya yang tidak menolak kemungkinan sukar untuk meraih keuntungan seperti tahun sebelum ini.

Dalam pada itu, peniaga songkok, Rustam Munab, 63,  turut merasai pengalaman yang sama dan turut bimbang dengan jumlah kehadiran pengunjung di Bazar Aidilfitri itu.

“Sejak berniaga di sini pada tahun 90-an, jumlah pengunjung pada tahun ini sangat kurang. Kebiasaannya, pada hari bekerja kita tutup 12 tengah malam namun sejak beberapa hari lalu, 10 malam kita sudah tutup kerana kurang pengunjung,”

“Ada sahaja pengunjung yang datang tapi ramai yang sekadar cuci mata. Mungkin pada minggu pertama Ramadan ramai pengunjung mengambil pendekatan melihat dahulu sementara menunggu gaji”

jalan tar

Selain itu, Fatin Farhana Ahmad Jamili, 31 yang meniaga kuih raya juga tidak menafikan bahawa hasil jualan untuk tahun ini tidak seperti tahun sebelumnya.

Katanya, sejak awal Ramadan, Jalan TAR seperti tiada pengunjung sampaikan hasil jualan yang diterima sehari cuma RM 15, dan cuma kelmarin sahaja yang ada tunjuk sedikit peningkatan.

Screenshot 2025 03 10 155322

“Jualan ada menunjukkan sedikit peningkatan namun masih lagi kurang berbanding sebelum ini. Saya rasa sekarang ramai yang lebih selesa beli secara dalam talian dan ingin berjimat selepas mengeluarkan belanja untuk sesi persekolahan.”

Fatin berharap agar keadaan seperti ini hanya sementara sahaja dan juga berharap agar ada jumlah pengunjung akan bertambah pada minggu akhir Ramadan.

Sumber : Harian Metro

Sumber: FMT
Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.