Tak tahulah nak cakap apa perasaan admin bila baca tentang apa yang lelaki ni buat dekat budak 2 tahun ni. Tak ada hati perut langsung!
Menurut Mirror, Eve Leatherland yang hampir berusia dua tahun ini mati di tangan teman lelaki ibunya, Tom Curd.
Tom telah memukul Eve beberapa kali hingga setengah mati. Untuk sembunyikan keadaan sebenar Eve, Tom bertindak untuk meracun kanak-kanak malang ini.
Semasa perbicaraan mahkamah, juri diberitahu pukulan Tom ini telah menyebabkan tulang rusuk dan tengkorak Eve mempunyai kecederaan seperti dilanggar kereta.
Malah, mereka mendapati beberapa tulang Eve yang patah merupakan kecederaan berulang. Maknanya, tulang Eve telah patah semula semasa kecederaan lama sedang sembuh.
Pakar perubatan juga mendedahkan, akibat dos ubat yang diberikan oleh Tom terlalu tinggi, hati Eve telah dipenuhi racun sebelum mati akibat overdose.
Pendakwaraya, Sean Brunton berkata kepada juri, Eve mempunyai lebih dari 20 kesan lebam dan melecet di kepala dan badannya. Tengkorak kepalanya retak dan tak ada kesan makanan di dalam perutnya.
“Sepanjang kesengsaraannya, mereka tak buat apa-apa untuk membantunya.
Malah, mereka lebih banyak menghabiskan masa menonton TV, bermain video game dan berchatting di Facebok, beberapa kaki dari Eve yang sedang lemah dan bertarung nyawa di atas katilnya.
Kecederaan yang dialaminya sama dengan kecederaan yang biasanya dikaitkan dengan kemalangan jalan raya.
Tulang dan tengkoraknya yang patah bukan baru sekali ini saja tapi kecederaannya kelihatan seperti dia telah didera berulang kali dan setiap kali, tulangnya akan patah semula di tempat yang sama sebelum sempat kecederaan lamanya sembuh.
Namun, itu bukan pengakhirannya. Selepas diserang sehingga cedera parah, Eve diberikan ubat. Bukan ubat untuk mengurangkan sakit yang dialaminya malah dia diberikan ubat yang terlalu banyak hingga dia terbunuh.”
Lebih menyedihkan, jika Tom atau ibu Eve, Abigail membawa kanak-kanak ini mendapat rawatan yang diperlukan, dia boleh diselamatkan.
Menurut Nathaneil Carey, pakar patologi, Eve boleh diselamatkan, tapi bila Abigail membuat panggilan kecemasan, Eve telah pun mati beberapa jam sebelum itu.
Tak cukup dengan itu, gambar-gambar yang didedahkan oleh polis tentang keadaan rumah tempat Eve menghembuskan nafasnya yang terakhir juga amat menyedihkan.
Katil yang digunakan Eve sebagai tempat tidurnya patah dan dipenuhi kulat. Tilamnya juga ada tompokan darah dan kelihatan sangat kotor.
Semasa perbicaraan, Abigail mengatakan yang dia tak berapa sihat, jadi dia hanya meninjau Eve dan lihat anaknya sedang tidur. Beberapa jam kemudian Abigail mendakwa dia menyuruh Tom mengejutkan Eve untuk berinya makan tapi apabila Tom membawa Eve turun, budak ini kelihatan pucat dan tak bergerak.
Abigail juga memberitahu juri, dia mempunyai hubungan yang rapat dengan anaknya.
“Eve budak yang ceria, dia selalu gelak dan senyum. Saya sayangkan anak saya.”
Manakala Tom pula menafikan yang dia pernah mencederakan kanak-kanak malang ini dan berkata bila dia melihat Eve kelihatan tak sihat, dia tak mahu bawa kanak-kanak ini berjumpa doktor kerana merasakan itu bukan tanggungjawabnya.
“Saya tak rasa saya ada hak. Saya bukan bapanya. Saya tak salahkan Abigail tapi saya tak bertanggungjawab atas Eve.”
Tom dan Abigail, telah disabitkan kesalahan membunuh dan kecuaian hingga menyebabkan kematian.
Selepas hanya tiga jam, juri mendapati Tom bersalah membunuh Eve manakala tuduhan membunuh terhadap Abigail telah digugurkan oleh pendakwaraya.
Abigail mengatakan yang dia tak sedar Tom telah memukul anaknya. Dia juga berkata yang dia percayakan kekasihnya ini untuk menjaga Eve.
Juri bersetuju Abigail sebenarnya sedar tentang apa yang berlaku pada Eve tapi memilih untuk pekakkan telinga dan butakan matanya.
Mengulas mengenai kejadian ini, bapa kandung Eve, Dean Bird tak boleh menerima kematian anaknya. Pada awalnya, dia ingatkan anaknya meninggal kerana viral infection. Tapi, hakikatnya…
“Saya sangat marah, saya rasa nak cabut kepala mereka berdua. Sebelum ini saya tak tahu langsung tentang kes ini atau kecederaan pada tubuh badan anak saya.”
Dean berharap yang mayat Eve dapat diserahkan kepadanya supaya dia boleh memberikan pengebumian yang sempurna untuk anaknya.
Kalau dah duduk pun serumah, takkan boleh tak tahu anak kena dera kena pukul. Bukan pukul biasa-biasa, sampai patah tulang, sampai mati budak tu.