in

“Saya rasa jijik” – Nabila Huda Dakwa Ibu Tiri Jadi ‘Dalang’ Berlakunya Krisis Keluarga

nabila huda amy ibu tiri jijik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru minggu lepas, tular video memaparkan momen menyentuh hati di antara pelakon wanita terkenal, Nabila Huda berpelukan dengan bapanya, Amy Search yang dikatakan sudah lama tidak bersua.

Susulan insiden yang tular itu, Nabila Huda ada menjawab dakwaan yang mengatakan ibu tirinya menjadi punca hubungan pelakon bersama bapanya yang juga penyanyi rock legenda negara renggang sejak beberapa tahun lalu.


 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Artikel berkaitan: “Terlerai rindu saya” – Kongsi Video Peluk Amy Search, Nabila Huda Luah Sudah Lama Tidak Bertemu Bapa

Artikel berkaitan: “Orang tu tak perlukan kita, buat apa nak tehegeh-hegeh, move on” – Nabila Huda

“Saya rasa jijik nak dengan status itu (ibu tiri)” 

Menurut Nabila, dia sebenarnya tidak mempunyai sebarang masalah dengan Amy dan hubungan mereka masih baik, namun wanita terbabit didakwa sebagai ‘dalang’ kepada krisis keluarga yang berlaku.

 

Siapa? Saya rasa jijik nak dengar status itu (ibu tiri), ia sangat ‘disgusting’ (menjijikkan).

“Orang ingat saya asyik bergaduh dengan papa (panggilan Amy) sahaja, tak habis-habis. Kami sentiasa okay dan tiada pergaduhan besar. Cuma, masalahnya ‘si polan’ (ibu tiri) itu.

“Saya minta maaf, rasa nak muntah dengar status itu (ibu tiri). Saya cuma ada seorang emak dan dia adalah cinta pertama papa saya, Suhaimi Abdul Rahman.

“Mungkin saya boleh panggil ibu tiri. Segala apa yang berlaku, apa saya boleh cakap ‘perempuan itu’,” dakwa Nabila.

abil rindu amy search

Dalam pada itu, Nabila juga menggesa ibu tirinya untuk berhenti melakukan perkara yang akan mengeruhkan keadaan.

Wahai ‘perempuan itu’ saya nak awak tahu, saya tahu semua rahsia awak. Saya tahu semua yang berlaku dan ada segala-galanya.

“Jadi, berhentilah buat apa yang awak sedang buat sekarang. Kita ini tak kisahlah status tinggi mana, apa yang penting adalah adab.

“Untuk pengetahuan awak, satu industri bencikan awak. Semua orang tak selesa dengan awak,” dakwanya lagi.

screen shot 2018 05 25 at 11 25 39 am

Katanya lagi, peluang untuk memperbetulkan keadaan masih terbuka dan dia juga menyeru wanita tersebut membuang segala sikap negatif kerana dia hanya mahukan kasih sayang daripada seorang bapa dan tiada niat untuk merampas harta penyanyi tersebut.

Saya cuma nak kasih sayang seorang bapa sahaja. Kenapa susah untuk awak terima, berhentilah untuk cemburu, buanglah sikap busuk hati, kita ini hidup hanya sementara.

“Sebelum apa-apa yang berlaku, lebih baik hentikan sebelum lebih ramai siasat siapa diri awak yang sebenar. Siapa makan cili, dia terasa pedas,” kata Nabila.

Harap masalah yang membelenggu keluarga Nabila dan Amy ini dapatlah diselesaikan dengan baik. 

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.