in

“Saya rasa berkat hidup saya sekarang” – Perkongsian Bagaimana Lelaki Ini Berbakti Dengan Ibunya Sentuh Hati Netizen

Ustaz F

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bersyukurlah jika anda masih mempunyai ibu di sisi. Mengapa? Kerana anda masih diberi peluang oleh Allah untuk berbakti kepada insan yang bergelar ibu. Cuba tanya pada diri sendiri, sudah cukupkah anda berbakti dan membalas jasa ibu?

Jangan lupa, berbuat baik kepada ibu itu memberikan kita keberkatan dalam hidup selain turut dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki. Seperti perumpamaan yang sering kita ingati, ‘Syurga itu di bawa telapak kaki ibu’.


Perkongsian dari Ustaz Khailil Razak ini pasti akan menyentuh hati anda dan mengundang rasa sebak atau paling tidak, fikiran terus melayang teringatkan ibunda tercinta.

Ustaz
sumber: thr gegar

Meskipun kisah ini sudah menjadi bualan ramai sejak tahun lalu, namun kami berpendapat bahawa ianya wajar dan tidak rugi untuk dikongsikan berulang kali. Banyak pengajaran boleh diambil dari kisah yang dikongsikan ini.

Ustaz Khailil Razak menceritakan bagaimana dia menghargai setiap pengorbanan arwah ibunya sehinggalah ke nafas terakhir.

Ibu 1

“Jangan sesekali sayang nak bagi duit kat mak ayah….”

Menurutnya, seseorang itu tidak semestinya perlu menjadi kaya raya atau bergaji besar untuk memberikan wang kepada ibu atau bapa. Sebaliknya, berbuat baik itu haruslah setiap masa dalam apa jua keadaan sekali pun.

“Pasti Allah melimpah ruahkan rezeki kita…”

Ibu 2

Ustaz Khailil turut berkongsi rasa sedihnya setiap kali mendengar cerita seorang ibu dilayan dengan teruk oleh anak mereka.

“Saya rasa sebak sangat.. Sampai hati seorang anak buat mak macam tu…”

Ibu 3

Kepada anda yang masih mempunyai ibu, jangan pernah tengking mereka. Jangan tinggi suara ketika bercakap dengan ibu anda. Jagalah pertuturan, jaga hati dan rendahkan diri ketika bercakap dengan mereka. Kadang kala, tanpa disedari perbuatan kita secara tidak langsung mungkin menyinggung perasaan ibu.

Jadi, atas apa pun alasan, jangan berat mulut untuk meminta maaf. Anda pasti tidak mahu menjadi anak yang derhaka kan? 😉

Baca: Gara-gara Tidak Diberi Wang, Lelaki Heret dan Belasah Ibu Kandung

Derhaka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.