Jika anda seorang yang banyak meluangkan masa di internet, pasti sedar akan kewujudan BASS. Buat yang tidak tahu, itu merupakan singkatan yang direka oleh netizen buat selebriti Bella Astillah serta Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kerana mereka sering dilihat bersama.
Terbaru, anak kepada Bella Astillah iaitu Ayden Adrean yang berusia 8 tahun didakwa memanggil ahli politik itu dengan gelaran ‘dad‘.
Artikel berkaitan: “Bella kena ada kat sebelah” – PMX Usik Syed Saddiq Masa Hadiahkan Baju Melayu Di Parlimen
Artikel berkaitan: “Ayden pun ikut sekali” – Syed Saddiq Bawa Bella Astillah Ke Parlimen, Baju Sedondon Lagi!
Perkara itu difahamkan disedari ramai ketika Syed Saddiq atau nama sebenarnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, membawa kanak-kanak itu ke Parlimen bersama ibunya yang begitu menarik perhatian.
@justfansss0 kembali ke parlimen again☺.adakah telinga saya waras ?omg 😍😍🥰🥰.Doa yg terbaik buat BASS☺#bellaastillah #syedsaddiq #BASS #xybca #parlimen #fyp
Pun begitu, Bella menerusi Harian Metro memberitahu dia sama sekali tidak menyedari anak sulungnya itu memanggil Syed Saddiq dengan panggilan tersebut.
“Itu saya tak dengar. Saya pun nampak di TikTok. Lepas itu, saya tak dengar. Tak ada.
Apapun, pengalaman ke Parlimen itu sangat bagus bagi saya sebab daripada kecil tengok Parlimen dan tak sangka dapat masuk serta dapat tengok sendiri.
Bagaimana perjalanannya (bersidang), macam mana di dalam itu (Parlimen). Apa suasananya, apa keadaannya. Sangat besar dan cantik,” katanya.
Bella juga berkongsi, anaknya itu memang banyak bercakap dan bila masuk ke dalam Parlimen dia jadi sangat teruja.
Dalam pada itu, ketika ditanya apakah hubungan rapatnya dengan Syed Saddiq serius, Bella berkata, dia berterima kasih dengan doa-doa yang baik-baik itu dan percaya semua orang suka dengan doa yang baik.
Sumber: Harian Metro