Bagi mereka yang mengikuti Instagram Datuk Aliff Syukri, minggu lepas jutawan kosmetik ini dan isterinya, Datin Shahida telah mengadakan sambutan hari lahir untuk anak-anak mereka iaitu Qadeejah, Ibraheem dan Qayyum.
Pun begitu, timbul pulak cerita tak best yang mengatakan anak angkat pasangan ni, Qayyum atau Yom telah didera bibik yang menjaganya.
“Maybe ni sebab Qayyum selalu menangis… maybe kes dera”
Menerusi perkongsian video oleh netizen bernama Nur Alya di Instagram, Qayyum dilihat sedang dipangku oleh bibik masing-masing sebelum seorang wanita warganegara Indonesia itu ‘menunjal’ kepala bayi tersebut hingga terpusing ke depan.
https://www.instagram.com/p/Bqm8nClgNV2/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=embed_video_watch_again
Disebabkan insiden ini, netizen tersebut memohon orang ramai viralkan isu ini sehingga mendapat perhatian pihak berwajib.
“Kenapa nak kata kes dera pulak? Apa motif dia nak dera Qayyum?”
Seperti yang dijangka, perkara ini viral hingga ke pengetahuan Datin Shahida sendiri dan ibu angkat kepada kanak-kanak ini terus komen di ruang Instagram tersebut. Namun respon Shahida agak sangat tak dijangka apabila dia back up pengasuh anak-anaknya tu pulak. Aik??
Netizen berbelah bahagi. Ada yang kata tunjal dan ada yang tak mahu masuk campur
Macam manapun, rata-rata netizen sebenarnya tak berapa bersetuju sangat dengan respon yang diberikan Datin Shahida dan meminta isteri Aliff ini tengok-tengok juga keadaan Yom yang nampak agak ‘slow’ dari anak lain-lain.
Tapi dalam masa yang sama, ada juga netizen yang malas nak masuk campur dan kata pandai-pandailah Aliff dan Shahida jaga keluarga mereka.
Apa-apapun kita harap Datuk Aliff dan isterinya pantaulah bibik yang jaga anak-anak dorang tu. Takut apa yang dikatakan netizen tu betul pulak sebab kita kadang tak boleh letak 100% kepercayaan kat orang terutamanya pengasuh ni.