Baru-baru ini, di media sosial kecoh dengan berita dari seberang di mana Miftah Maulana Habiburrahman atau lebih dikenali sebagai Gus Miftah bertindak menghina seorang penjual minuman ketika ceramahnya.
Penjual ais teh itu bagaimanapun sudah mendapat permohonan maaf daripada pendakwah Indonesia tersebut selepas dia mendapat kecaman hebat daripada netizen.
Artikel berkaitan: “Saya mencari rezeki buat anak” – Diketawakan Pendakwah Ketika Menjual Teh Ais, Ini Respon Pilu Pakcik Penjual
Artikel berkaitan: “Niat bercanda tapi…” – Penceramah Bersemuka & Mohon Maaf Dengan Pakcik Jual Teh Lepas Dimalukan
“Saya tersinggung kerana saya baru masuk ke ruangan itu dan tiba-tiba dimarahi dengan suara itu, tetapi saya okey. Saya sudah biasa,” kata Pak Sun, penjual ais teh.
Pak Sun berkata dia menerima hinaan mengenai perniagaannya, namun dia memilih untuk melihat kejadian tersebut dari sisi positif.
“Dia datang ke sini untuk berjumpa dengan saya dan kami meminta maaf antara satu sama lain. Saya ingin memaafkan, dan sekarang tidak ada masalah apa-apa,” katanya.
Pak Sun mengakui dia pada awalnya merasa tersinggung dengan cara Gus Miftah menyampaikan kritikan tetapi dia sudah terbiasa dengan hinaan seperti itu.
Menurutnya, dia tidak pernah menyangka kejadian itu akan menjadi tular, namun menganggapnya sebagai hikmah apabila menerima rezeki yang tidak disangka-sangka daripada pelbagai pihak.
Malah, sejak insiden itu, gerainya semakin menjadi perhatian ramai dan ramai pelanggan hadir untuk menyokong dan membeli ais teh, yang menurut mereka terbukti sedap.
Sumber: Kosmo!