Seperti yang diumumkan, NTV7 telah ditamatkan dan digantikan dengan DidikTV yang dikira sebagai usaha kerajaan untuk membolehkan murid mendapat akses kepada bahan pembelajaran melalui televisyen dan usaha berterusan KPM dalam meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua murid di seluruh negara.
DidikTV akan menyiarkan program berteraskan kurikulum dan kokurikulum KPM selain berita mengenai dunia pendidikan daripada peringkat pra sekolah sehingga tingkatan enam, program bercorak didik hibur (edutainment) serta kandungan yang dihasilkan oleh murid.
Semalam, Adibah Noor ada muat naik posting di Twitter menawarkan dirinya untuk menjadi antara perantara yang mengajar Bahasa Inggeris di DidikTV.
Tweet tersebut mendapat perhatian ramai dan sehingga telah mendapat lebih 7,000 retweets. Ramai yang bersetuju dan teruja kerana Adibah Noor sudah biasa berada di hadapan TV jadi tentulah sesi pengajian itu akan menjadi lebih ‘fun’.
https://twitter.com/adibahnoor/status/1361923409064587264
Ada seorang netizen yang mengkritik dan berkata Adibah Noor seharusnya menggunakan saluran yang betul untuk menjadi cikgu dan ada yang bertanya sama ada dia mempunyai kelayakan untuk menjadi seorang cikgu Bahasa Inggeris.
Namun, Adibah Noor membalas semula dan berkata selama ini dia tidak pernah pun nak ‘show off’ tapi disebabkan ada yang question tentang kelayakan, dia terus beritahu.
Selain selalu memainkan watak cikgu, kalau korang nak tahu Adibah Noor memang pernah jadi cikgu Bahasa Inggeris sebelum dia menjinakkan diri ke dalam industri hiburan pada 1994.
Bukan itu saja, netizen pun suka tengok Adibah Noor membetulkan sebutan English individu lain termasuklah baru-baru ini Menteri Wanita, Keluarga & Masyarakat, Rina Harun. Sebelum itu, dia ada membetulkan sebutan ‘wilderness’ yang disalah sebut oleh seorang pembaca berita TV3.
Lagipun, Adibah memang selalu buat video mengajar orang tentang sebutan sesuatu perkataan Inggeris di Twitter miliknya. Adibah juga ada meluahkan beberapa kali di Twitter yang dia sukar mendapat kerja dan pendapatannya terjejas disebabkan Covid-19.
Jadi, menurut netizen mungkin ini salah satu peluang yang dia cuba ‘grab’ kerana dia sendiri memang ada kelayakan sebagai cikgu Bahasa Inggeris. Win win situation!
Apa pendapat korang?