Hujung minggu lepas, penyampai radio, Fizi Ali yang baru sahaja berkahwin difahamkan tidak dapat bertemu dengan anaknya Ameena Sofia ketika majlis graduasi.
Hari ini, Fizi menerusi IG Story miliknya meluahkan rasa hampa apabila ada netizen yang menyuruhnya untuk membiarkan sahaja anak tunggalnya itu dijaga oleh bekas isteri dan dia hanya perlu fokus kepada anak isterinya yang sekarang.
Artikel berkaitan: Dituduh Tak Jujur Dengan Bekas Isteri, Fizi Ali Tunai Janji Bawa Anak Ke ‘Waterpark’ Dengan Ibu & Kakak Baru
Artikel berkaitan: “Bermula satu hidup baru” – Lepas 2 Tahun Menduda, Fizi Ali Bernikah Dengan Rakan Niaga
Fizi atau nama sebenarnya Mohd. Hafizudin Alimudin sudah pastinya tidak setuju dengan kenyataan individu terbabit selain menegaskan dia juga mempunyai hak sebagai bapa walaupun sudah membina kehidupan baharu.
“Saya tak pernah tergamak nak pisahkan anak dan mak. Saya nak hak saya sebagai seorang ayah yang nak bersama dengan anaknya.
Kenapa perlu lupakan anak saya setelah apa yang saya ada? Insya-Allah Ameena, daddy jumpa awak nanti,” tulisnya.
Dalam IG Story tersebut, Fizi juga memberi peringatan kepada semua agar tidak membabi buta dalam mengeluarkan sebarang kenyataan lebih-lebih lagi jika ia melibatkan perkara yang sensitif dan peribadi.
Sumber: Instagram