in

“Saya nafikan semua itu” – Fattah Amin Kesal Fazura Buka Aib

Syaz Ft 2024 10 07T121046.090

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, kemelut rumah tangga dua pelakon terkenal, Fazura dan Fattah Amin akhirnya bertemu titik noktah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu.

Selepas sah bercerai, Fazura ketika berhadapan dengan media memberitahu 3 punca utama perceraian tersebut termasuklah pengabaian nafkah, tiada persefaham serta Fattah berlaku curang.


Artikel berkaitan: Fattah Didakwa Curang, Fazura Dedah 3 Sebab Punca Bercerai Dengan Suami

Artikel berkaitan: “Thanks daddy Fatima” – Fazura Terima Bunga Rona Merah Jambu Sempena Hari Lahir Kiriman Fattah Amin

Pun begitu, selepas pelakon Manisnya Cinta di Cappadocia itu mengeluarkan kenyataan tersebut, Fattah pula menafikannya.

Dalam sesi temu bual dengan pihak media, Fattah berkata kesemua yang dinyatakan oleh Fazura itu adalah tohmahan untuk memalukannya, malah difahamkan kedua-dua mereka sudah ada perjanjian untuk menjaga aib masing-masing.

@utusantvofficial

Replying to @muskarnainnain 7 OKT 24: Bertabahlah wahai Fattah. 📽 UtusanTV. #beritaditiktok #fazura #fattahamin #sembangentertainment #fyp

♬ Sad Song – Piano Tribute Players

Pelakon filem Mat Kilau itu juga berkata dia mempunyai bukti untuk menafikan kenyataan yang diberikan oleh bekas isterinya itu.

Fattah juga menjawab persoalan yang mengatakan dia tidak memujuk atau mencari jalan untuk berbaik dengan Fazura.

“Saya dihalang, saya tidak dibenarkan untuk masuk rumah. Boleh tengok mesej WhatsApp dalam telefonnya,” luah Fattah.

Dalam pada itu, Fattah turut meluahkan apa yang paling dikesali dalam perceraian ini adalah tentang anak mereka iaitu Fatimah.

“Saya kesal tentang anak saya Fatima, dia terpaksa menerima perkara sebegini, dalam umur baru 4 tahun, saya terpaksa tipu saya keluar dari tumah tu sebab kerja,” katanya.

Dalam pada itu, Fattah tidak menidakkan dia masih sayangkan Fazura sebagai seseorang yang pernah hadir dalam hidupnya.

Sumber: Utusan TV

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.