Baru-baru ini, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita pelakon lagak ngeri, Azlan Komeng dan isterinya telah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kuala Lipis, Pahang.
Dalam kemalangan itu, Azlan telah mengalami kecederaan pada kaki dan pinggul manakala isterinya pula mengalami cedera ringan.
Memetik laporan Gempak, Azlan berkemungkinan lumpuh akibat kecederaan yang dialaminya itu.
Namun, luahan hati Azlan Komeng kepada isterinya, Nur Nilam Ortiz membuatkan isterinya itu sebak.
“Suami cakap kalau nak bawa haluan masing-masing pun okay sebab dia kata yang dia mungkin lumpuh, tak boleh kerja atau sara saya,” kata Nilam.
Tapi saya cakap kalau setakat cacat tak ada hal lah, empat tahun selama ni dah macam-macam rintangan kita hadapi,” kata Nilam menerusi temu bual dengan Astro Gempak.
Artikel Berkaitan: “Seksyen 302” – Pemandu Wanita Sebabkan Kemalangan 3 Pelajar UiTM Dungun Didakwa Memb*nuh
Artikel berkaitan: “Bersujud pada ahli keluarga mangsa” – Suami Wanita Langgar Pelajar UiTM Dungun Mohon Maaf
Menurut Nilam, dia sebak mendengar luahan hati suaminya itu namun dia tidak akan pernah meninggalkan suaminya itu kerana tetap sayang dengan pelakon itu.
Nur Nilam juga ada berkongsikan di akaun TikToknya tentang dia menjaga Azlan yang sakit.
@puan_nilamortiz terima kasih suamiku @azlankomeng_official kau memegang akad kita dengan erat, berjanji mendahului aku dalam apa jua waktu,Allah telah memberi jawapan kepada setiap soalan yang aku tanyakan. dulu, kini dan selamanya akad ni aku akan gengam hingga ajal yang memisahkan
Sama-sama kita doakan agar Azlan Komeng cepat sembuh dari kecederaan yang dialaminya.
Sumber: Gempak