in

“Saya menyesal” – Peniaga Pisang Goreng Sebak, Mengaku Bersalah B*kar Motosikal

syaz ft 2024 12 30T153915.895

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lalu, tular satu video di media sosial memaparkan seorang wanita bertindak membakar sebuah motosikal dipercayai kerana enggan motor itu ditarik.

Dalam video tular itu, wanita berusia 40-an itu dilihat membakar kenderaan itu dan menimbulkan kekecohan sehingga memerlukan khidmat bomba untuk memadam api tersebut, kejadian itu dipercayai berlaku di Jalan Masjid, Pokok Assam, Taiping, Perak.


Artikel berkaitan: Tular Video Bak*r Motosikal Sendiri Sebab Tak Puas Hati Kena Tarik, Wanita Ditahan Polis

Artikel berkaitan: Kereta Mercedes Terbakar, Pemandu Didakwa Suspek Langgar Lari Motosikal?

Hari ini, Zainatul Rafeda Zainul Abidin, 43, yang juga merupakan seorang peniaga pisang goreng mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Taiping atas pertuduhan melakukan khianat dengan api sehingga menyebabkan sebuah motosikal terbakar.

WhatsApp Image 2024 12 30 at 12.13.02 PM 2048x1366 1

Mengikut pertuduhan, ibu kepada empat anak itu didakwa telah melakukan perbuatan khianat dengan api sehingga menyebabkan kerosakan kepada harta iaitu sebuah motosikal jenis Honda RSX warna hitam bernilai RM7,000 milik Zainatul Syakira Amira Zaini, 22.

“Saya mengaku bersalah, saya menyesal Yang Arif,” ujarnya.

Menurut laporan Kosmo!, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fahmi Kamaluddin manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ng Wei Jun.

Sumber: Kosmo!

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.