in

“Saya memaafkan anda semua” – Disebabkan Fitnah, Kerja Adik Shila Amzah Di China Tergendala

Adik Shila Amzah China

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemelut Shila Amzah dan adik beradik serta ibunya masih menjadi bualan ramai, jika sebelum ini ada pihak yang mengatakan adik lelaki Shila Amzah iaitu Amir Shafiq merupakan seorang ‘biawak hidup’ tetapi hari ini lain pula ceritanya.


Di kala kemelut di antara mereka semakin tenang, menerusi laman TikTok miliknya Amir berkongsi dia kini sudah terbang ke China atas urusan kerja, sekali gus menolak spekulasi yang berkata dia tidak berkerja.

Artikel berkaitan: “Bebas buat apa saja” – Peguam Perjelas Rumah Shila Amzah Bukan Harta Pusaka, Tiada Masalah Untuk Jual

Artikel berkaitan: “B*doh dia memang pekat sikit” –  PA Berang Dipanggil ‘Balaci’ Oleh Adik Shila Amzah

https://www.tiktok.com/@_benamir/video/7292510500993142018

“Alhamdulillah. Allah masih pinjamkan usia. Syukur. Hari ni fly ke china. Terpaksa delay flight. Patut 19hb hari tu. Di sebabkan fitnah dr pihak2 yg tidak bertanggungjawab, menyebabkan tergendala kerja. Alhamdulilah.

Hari ni Allah bg jalan utk terus bekerja. Segala dugaan yg berlaku pasti ada hikmahnya. Terima kasih pada semua yg telah fitnah kami(Saya,Mak,Syada and Eiza),” tulisnya di kapsyen.

Selain itu, Shafiq turut menyatakan dia memaafkan mereka yang memfitnahnya serta berharap Allah membuka hati orang-orang tersebut untuk menilai diri sendiri sebelum menilai orang lain.

Dia juga mengingatkan orang ramai agar memohon maaf kepada kedua-dua orang tua sebelum terlambat.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.