Dalam banyak-banyak hal yang terjadi, persembahan Aina Abdul menerusi lagu sumpah yang menjadi buah mulut warganet.
Persembahan yang dikatakan memberi galakan orang ramai untuk membunuh diri itu telah ditepis oleh tuan empunya badan sendiri.
Selepas selesai melakukan persembahannya, Aina Abdul jawab spekulasi masyarakat yang dah salah anggap dengan mesej yang cuba disampaikan.
Astaghfirullah al adzim… Nauzubillah min zalik… Sebagai seorang wanita muslim, tak pernah terlintas di fikiran saya untuk melakukan konsep seperti yang didakwa” – Aina Abdul
https://www.instagram.com/p/B8WpGRNH6Sm/?igshid=txd0dtvw2w49
Kata Aina, persembahannya hanya sebuah ekspresi seni yang merupakan kesinambungan kepada jalan cerita muzik video Sumpah. Tambahnya perkara ini sudah maklumkan sejurus selepas persembahan selesai di Instagram
“Persembahan tadi merupakan simbolik kepada hancurnya hati seorang wanita kerana menyesal dengan perbuatannya sendiri terhadap orang yang amat disayanginya. Hati yang berdarah melambangkan kesakitan yang ditangggung oleh wanita itu selepas melukakan hati insan yang disayanginya.”
Tambah Aina, semua orang mempunyai pendapat berbeza dan Aina tegaskan lagi Sumpah tidak menyentuh elemen seperti yang didakwa.
“Saya mohon maaf sekiranya terdapat salah faham yang timbul. Saya harap dengan penjelasan ini dapat meleraikan segala kekusutan yang melanda.”
Harap jangan lah orang ambil serius tentang persembahan ini, tidak ada sebarang unsur keganasan pun. Harap ramai tak salah anggap. Video tersebut bagaimanapun telah dipadam di Youtube rasmi TV3.