in

“Saya masih mewakili ibu Zayn Rayyan” – Peguam Mahmud Jumaat Perjelas Statusnya

Peguam Mahmud Jumaat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peguam yang menarik diri untuk mewakili ibu bapa Zayn Rayyan, Mahmud Abdul Jumaat menegaskan bahawa beliau masih mewakili ibu kanak-kanak autisme yang ditahan reman itu.


Menerusi satu kenyataan di laman sosial Facebooknya, Mahmud berkata, ia berdasarkan pertimbangannya selepas berjumpa dengan keluarga itu.

“Untuk pengetahuan semua, saya masih mewakili ibu arwah Zayn Rayyan. Kami telah hadir ke Mahkamah tempoh hari mewakili Isma (ibu Zayn Rayyan).

“Ini adalah atas pertimbangan saya untuk mewakili ibu Zayn Rayyan selepas berjumpa dengan keluarga mereka,” katanya.

Artikel berkaitan: “Saya berdoa kes ini berjalan lancar” – Peguam Tidak Lagi Wakili Ibu Bapa Zayn Rayyan Yang Direman

Artikel berkaitan: Datuk Zayn Rayyan Lantik Peguam Baharu Untuk Wakil Ibu Bapa Mangsa

Whatsapp Image 2024 06 04 At 18.31.47

Selain itu, beliau turut menjelaskan mengenai kenyataan dibuat datuk mangsa bahawa tiada pelantikan peguam secara rasmi dibuat oleh keluarga itu.

“Maaf kepada semua yang menanti penjelasan saya. Saya juga seperti anda semua lebih menginginkan keadilan buat arwah Zayn Rayyan yang dibunuh, diseksa secara kejam.

“Kerana itulah saya agak hairan berkenaan dengan butiran (point) pertama kenyataan media yang dibuat oleh datuk arwah tempoh hari mengenai tiada pelantikan peguam secara rasmi oleh keluarga ke atas saya.

“Perlu ke sampai nak buat kenyataan media? Seolah-olah sengaja melakukan provokasi terhadap saya,” katanya.

Beliau kemudian memberi penjelasan dalam bentuk kronologi mengenai apa yang berlaku di antara dirinya dengan keluarga arwah serta dakwaan dia adalah lantikan NGO.

Screenshot 2024 06 11 100809

Screenshot 2024 06 11 100825

Bagaimanapun, kata Mahmud, beliau telah dihubungi oleh datuk arwah Zayn Rayyan melalui aplikasi WhatsApp yang menyatakan permohonan maaf tentang apa yang berlaku.

Justeru katanya, beliau masih mewakili ibu arwah Zayn Rayyan dan telah hadir ke mahkamah tempoh hari untuk mewakilinya.

“Apapun saya ucapkan terima kasih kepada keluarga Isma atas pencerahan yang dibuat dengan mengesahkan bahawa kami sememangnya membantu keluarga mereka dari awal kes,” ujarnya.

Sebelum ini, Mahmud membuat penarikan diri secara drastik bermula 4 Jun lalu atas faktor-faktor tertentu.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.