in

“Saya masih ibu tunggal, tidak duduk serumah!” – Adira Jawab Fitnah Konon Bersekedudukan Dengan Bekas Suami

Adira Datuk Red

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerap muncul bersama dalam sesi live di media sosial, Adira baru-baru ini menyangkal tuduhan fitnah yang kononnya dia bersekedudukan dengan bekas suami, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red.

Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, 32, yang sudah bercerai dengan lelaki itu pada April lalu berkata, Adnan kerap muncul dalam video siaran langsungnya hanya sekadar untuk melariskan jualan perniagaan yang diusahakan mereka.


Jelas Adira lagi, sekiranya Datuk Red datang ke rumah, kebiasaannya akan ada orang lain bersama mereka dan bukannya berdua-duaan sahaja.

Snapinsta.app 461891004 18456110533024267 1950423578204909089 N 1080

Saya masih ibu tunggal dan kami tidak duduk serumah!

“Kalau live bersama pun akan ada orang lain. Dalam rumah saya ada 16 oranng semuanya! Jangan risau selamat. 

“Saya faham orang akan bercakap tetapi niat saya hanya membantu jualan sahaja atau muncul sekejap bila dia datang ke rumah jumpa anak-anak… Kena tengok live saya dari awal sampai akhir baru faham,” katanya.

 

Artikel berkaitan: “Datuk Red versi yang terbaik sekarang” – Adira Terima Kalau Berjodoh Dengan Bekas Suami

Artikel berkaitan: “Adira nampak perubahan saya” – Datuk Red & Adira Akan Bersatu Kembali?

Menurut Adira, dia dan Adnan memilih untuk meneruskan hubungan baik demi anak-anak mereka. Dia juga meletakkan soal jodoh dengan Adnan di tangan Allah namun tidak terlalu memikirkan perkara tersebut.

Untuk rekod, Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand dan bercerai pada 24 April lalu.

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.