Sejak malam tadi, tular dakwaan mengatakan pempengaruh dan usahawan yang menetap di Korea Selatan, Kim Seri sudah melarikan diri ke Jepun susulan kes dakwaan penipuan pakej pelancongan yang dikendalikannya.
Ia berikutan IG story yang dimuat naik Kim Seri yang didakwa berlatar belakangkan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Seoul. Disebabkan IG story itu, timbul dakwaan daripada netizen yang mengatakan pempengaruh ini sudah lari ke Jepun.
@sorayesnot kuang asam tul, dia lek up story dekat airport incheon. #kimseripenipu #kimserirestaurant #kimseri
“Saya masih di sini” – Kim Seri
Kim Seri atau nama sebenarnya, Seri Azlina menerusi IG story yang terbaru memaklumkan bahawa dia tidak melarikan diri ke Jepun, mahupun berniat untuk menetap di negara matahari terbit itu.
Dia juga sedia memberi kerjasama terhadap mana-mana siastaan pihak berkuasa yang membabitkan dirinya kini.
Saya tidak pernah nak lari ke Jepun dan tidak pernah berniat untuk tinggal di Jepun. Saya masih di Korea.
“Saya masih di sini memberi kerjasama atas mana-mana siasatan yang dilakukan ke atas saya,” katanya.
Seri juga pada masa yang sama menjelaskan isu refund untuk pakej pelancongan yang dikendalikannya serta memaklumkan akan mendahulukan proses refund bagi trip bulan 12 2024 terlebih dahulu.
Menurutnya lagi, nombor WhatsApp yang dikongsikan sebelum ini tidak dapat dihubungi lagi kerana pihaknya menerima ratusan mesej sehari dari mereka yang bukan pelanggannya memohon untuk proses refund.
Jadi, buat masa ini kami terpaksa menutup nombor tersebut dan biarlah kami sendiri yang menghubungi para pelanggan kami,” katanya.
Kita tunggu sajalah perkembangan lanjut daripada pihak berkuasa nanti.
Sumber: Sinar Harian, Instagram