Setelah sekian lama mendiam, pelakon Enot akhirnya buka mulut mengenai kontroversi yang melibatkan dirinya sebelum ini.
Seperti yang kita sedia maklum, pelakon Didie Alias sebelum ini ada memberitahu bahawa mereka tidak lagi berhubung dan bawa haluan masing-masing.
Artikel berkaitan : “Dia sendiri buka aib dia” – Hanya Mahu Lindung Kawan, Didie Alias Sedih Dipersalahkan
Artikel berkaitan : “Bahagia kat dunia je” – Didie Alias Luah Rasa Kesal, ‘Kawan Baik’ Terjebak ‘Hubungan Songsang’?
Enot atau Aliza Abdullah, 48, meluahkan rasa kecewa kerana individu yang dianggap seperti seorang kakak telah membuka aibnya sedangkan mereka lebih tahu kisah sebenar.
“Dia (Didie) dalam kenyataan memberitahu bahawa dia tidak mahu berjumpa tetapi harap satu Malaysia doakan saya. Tetapi sekarang satu Malaysia bencikan saya.”
“Saya sedih apabila seorang saya anggap seperti kakak boleh cakap begitu. Saya telan dan berlapang dada apabila orang mula benci saya. Saya tidak mahu melawan atau perbesarkan isu tersebut.”
Jelas Enot lagi, dia berdiam diri bukanlah kerana dia salah tetapi apa yang diperkatakan oleh Didie itu tidak benar.
“Sudah lebih 20 tahun kami kenal, dia tahu siapa saya. Tak perlu untuk buka aib saya.”
Menjawab tuduhan yang kononnya ada menjalinkan hubungan sejenis sebelum ini, Enot menafikan perkara tersebut.
“Saya masih ada akal dan berpegang kepada agama. Saya masih boleh fikir dan tidak mungkin berkahwin dengan sesama jenis.”
“Ramai yang mula korek kisah saya. Kenapa nak pertikaikan saya kawan dengan tomboi? Mereka juga manusia ciptaan Allah. Saya boleh berkawan dengan seiapa sahaja.”
Dalam pada itu, Enot juga tidak menolak sekiranya suatu hari nanti dia dan Didie kembali bertemu.
Sumber : mStar Online