in

“Saya malas” – Warga Emas Selesa Jadi Gelandangan, Hanya Harap Duit JKM

Selesa Jadi Gelandangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lazimnya, ramai akan memilih untuk menghabiskan sisa kehidupan di pusat jagaan orang tua sekiranya tidak berkahwin dan tidak mempunyai cahaya mata.

Namun berbeza dengan pendirian warga emas ini yang lebih memilih menjalani kehidupan sebagai seorang gelandangan.


Warga emas yang ingin dikenali sebagai Samad, berusia 66 tahun itu berkata, sejak 20 tahun lalu hidupnya sentiasa berpindah randah bagi mencari tempat berteduh selain mengharapkan simpati orang ramai untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Katanya, tidak minat untuk bekerja atau mendapatkan tempat tinggal kerana tidak mempunyai sebarang komitmen termasuk tidak pernah berkahwin.

Fgh
Gambar hiasan

Hanya dengan wang bantuan bulanan yang diperoleh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan digunakan untuk keperluan harian termasuk makan dan minum, lapor Harian Metro.

“Saya malas,” katanya sebaik disoal kenapa hidup gelandangan oleh pegawai penguatkuasa dalam Operasi Bersepadu Banteras Pengemis dan Gelandangan di sekitar bandar Kota Bharu.

Tambahnya, dia tidak mahu menyusahkan adik-beradik yang sudah ada kehidupan sendiri dan lebih memilih untuk hidup bergelandangan.

Dia mendakwa sebelum ini mempunyai tempat tinggal, namun telah musnah akibat banjir dan terpaksa hidup bergelandangan selepas itu disebabkan tidak mampu membina atau menyewa rumah.

Sejak itu, setiap hari dia akan menumpang membersihkan diri di tandas awam atau masjid berdekatan.

Samad juga mengatakan tidak mahu ditempatkan di pusat jagaan orang tua disebabkan mahu hidup bebas dan merasakan dirinya tidak mengganggu orang lain.

Baca: Pelakon Siri Thai ‘Wai Rai Freshy’ Kini Gelandangan & Meniaga Di Pasar Lambak
Ryu Arthit

Sumber: Unsplash

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.