in

“Saya lega” – Lelaki Ugut Bun*h Baby Shima Sudah Ditahan Polis

syaz ft 2025 01 02T111518.394

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, penyanyi terkenal Malaysia, Nor Ashima Ramli atau lebih dikenali sebagai Baby Shima mendedahkan terdapat ugutan bunuh terhadapnya selepas seorang individu meninggalkan komen tersebut di Facebook.

Menurut laporan Harian Metro, lelaki berkenaan sudah pun ditahan oleh pihak polis di Kuching, Sarawak.


Artikel berkaitan: Lelaki Nafi Buat Ugutan B*nuh Terhadap Baby Shima, Dakwa FB Kena ‘Hack’?

Artikel berkaitan: “Jgn pulang dengan m*yat” – Baby Shima Buat Laporan Polis Lepas Terima Ugutan B*nuh

Pelantun lagu Pura-pura Bujang itu mengingatkan setiap individu yang menjadi mangsa ugutan sepertinya harus berani tampil dan membuat laporan polis kerana Malaysia memiliki undang-undang.

“Saya lega apabila lelaki itu sudah ditahan. Tindakan undang-undang diambil sebagai peringatan kepada mana-mana individu lain agar menjauhi jenayah kebencian.

Semua mangsa harus berani untuk membuat laporan polis walaupun anda rasa terancam. Negara kita ada undang-undang,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

Difahamkan, lelaki yang berusia 35 tahun dan merupakan seorang pemandu lori, dia ditahan kira-kira jam 9.15 malam 31 Disember di Kota Sentosa, Kuching.

“Saya berharap kita berfikir dulu sebelum keluarkan sebarang ugutan membabitkan ancaman terhadap nyawa orang lain. Jangan tindakan kita, didorong oleh perasaan.

Perkara seperti ini wajar menjadi peringatan kepada perbuatan yang dilakukan adalah berkaitan jenayah kebencian dan alasannya, hanya kerana dia tak menyukai saya.

Saya tak kisah pun kalau dia tak sukakan saya. Tapi, janganlah tergamak melayangkan ugutan sebegitu,” kata Baby Shima lagi.

Sebelum ini, suspek meninggalkan komen berbaur amaran yang mengingatkan Shima agar berhati-hati sekiranya tidak mahu pulang sebagai mayat.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.